LelaRentaka7 Publish time 23-2-2022 06:48 PM

37. Penang Time Tunnel
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2017/04/Penang-Time-Tunnel.jpg
Sumber: Penang Time Tunnel

Penang Time Tunnel Muzium ini memberi anda peluang melihat setiap fasa penting dalam pembangunan negeri penang dan bagaimana ini telah berubah mengikut zaman. Selain daripada itu anda juga dapat belajar sedikit tentang zaman penjajahan tentera jepun dan bagaimana pulau ini dibom kapal perang mereka.

Alamat: 39, Jalan Green Hall, George Town, George Town, 10200 Pulau Pinang.
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.15 am – 7.00 pm) | Sabtu, Ahad & Cuti Umum (9.15 am – 7.30 pm)
Bayaran Masuk: Dewasa RM18 | Kanak- Kanak RM10

LelaRentaka7 Publish time 23-2-2022 06:50 PM

36. Amazing World Studio
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2017/04/Amazing-World-Studios-Penang.jpg
Sumber: Amazing World Studio

Lagi satu studio foto inetraktive di penang yang mempamerkan lukisan 3d menarik adalah Amazing World Studio. Jika anda gemar menangkap gambar dan mencari satu tarikan mesra kanak-kanak, tempat ini sesuai untuk anda.

Alamat: 4 Weld Quay, George Town, 10300 Pulau Pinang.

LelaRentaka7 Publish time 23-2-2022 06:51 PM

35. Taman Burung Penang
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2017/04/Taman-Burung-Pualu-Pinang.jpg
Sumber: Vynni Sylvanas

Taman Burung Pulau Pinang merupakan Taman Burung yang pertama dan terbesar dibuka di negara kita. Kawasan sebesar 5 ekar ini menjadi rumah kepada 300 spesis burung yang berlainan.

Burung di sini terbang bebas kerana tempat ini tertutup dengan jaring yang besar. Tempat ini direka untuk menyerupai habitat semulajadi burung-burung tersebut. Terdapat air terjun buatan manusia dan kolam yang luas dimana anda dapat melihat burung pelican dan flamingo.

Selain daripada burung anda juga berpeluang untuk melihat haiwan liar seperti sang kancil, ikan arapaima gergasi, ular sawa, buaya dan kura-kura.

Alamat: Jalan Todak, Perai, 13700 Pulau Pinang.

LelaRentaka7 Publish time 23-2-2022 06:52 PM

34. Padang Kota Lama
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2017/04/Padang-Kota-Lama.jpg
Sumber: Virgin Mojito

Padang Kota lama merupakan padang yang dibina oleh kerajaan British untuk tempat berkumpul dan berarak. Terletak dalam kawasan the Espelande, Padang Kota Lama tempat terawal di tubuhkan di George Town.

Kerana ia berhampiran dengan laut anda dapat merasa tiupan angin laut yang nyaman sambil berjalan di padang ini.

Alamat: Padang Kota Lama, George Town, 10450 Pulau Pinang.

LelaRentaka7 Publish time 23-2-2022 06:54 PM

33. Kilang Batik Penang
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2017/04/Kilang-Batik-Penang.jpg
Sumber: Vander Goods

Dibuka pada tahun 1973 di Teluk Bahang, Kilang Batik Penang sudah lama menghasilkan pelbagai jenis produk batik yang menarik. Free tour disediakan setiap hari di kilang ini dimana anda dapat melihat bagaimana batik dihasilkan.

Disini juga terdapat kedai dimana anda boleh membeli produk batik yang beraneka jenis. Jika anda mahu mereka batik anda sendiri anda boleh menyertai bengkel batik yang diadakan khas buat pelawat yang berminat.

Alamat: Mk2, 651, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.

LelaRentaka7 Publish time 23-2-2022 06:55 PM

32. Masjid Terapung Tanjung Bungah
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2017/04/Masjid-Terapung-Tanjung-Bungah.jpg
Sumber: Faazawaanz

Masjid Terapung Tanjung Bungah ini merupakan masjid terapung yang pertama di bina di negara kita. Kerana masjid ini terletak di pertenghan diantara Georgetown dan Batu Ferringhi, ia menjadi tempat bagus untuk anda singgah sebentar untuk beribadat sambil merehatkan diri.

Alamat: Jalan Batu Ferringhi, Taman Tanjung Bunga, Tanjung Bungah, 11200 Pulau Penang.

LelaRentaka7 Publish time 23-2-2022 06:56 PM

31. Little India
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2017/04/Little-India-Pulau-Pinang.jpg
Sumber: Cherry Chenli

Anda boleh menjumpai Little India Penang di Queen Street, George Town. Semasa berjalan di sini anda seolah-olah berjalan di Delhi ataupun Chennai, memang suata pengalaman yang unik. Di sini juga terdapat banyak kedai yang menjual kain dan baju dengan harga yang berpatutan.

Alamat: Lebuh Pasar, George Town, George Town, 10200 Pulau Pinang

LelaRentaka7 Publish time 23-2-2022 06:57 PM

30. Pasar Malam Batu Ferringhi
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2017/04/Pasar-Malam-Batu-Ferringhi.jpg
Sumber: RSE Homestay

Jika anda berada di Batu Ferringhi, pastikan anda luangkan masa pada waktu malam untuk melawat Pasar Malam Batu Ferringhi.

Pasar ini dibuka setiap hari dari petang hingga ke lewat malam dan di sini anda dapat membeli cendera mata atau menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan yang dijual di situ.

Alamat: Jalan Batu Ferringhi, Ayer Itam, 11100 Pulau Pinang.

LelaRentaka7 Publish time 23-2-2022 07:12 PM

29. Taman Botani Penang
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2017/04/Taman-Botani-Penang.jpg
Sumber: Chiew Hwa Seng

Taman Botani Penang ini mempunyai keluasan 29 hektar dan amat sesuai untuk bersantai atau berpiknik bersama kerluarga. Taman ini terletak di jalan kebun bunga daerah Pantai Barat. Ramai penduduk tempatan datang sini untuk bersenam.

Tambahan pula, ia juga merupakan sebuah institusi botani penting di Malaysia. Antara tumbuhan unik yang dapat dilihat disini adalah teratai amazon, dan pokok berusia 100 tahun. Tahukah anda nama pulau pinang mengambil inspirasi dari pokok Palem Pinang? Tidak kurang menarik haiwan yang berkeliaran di sini seperti kera dan monyet.

Alamat: 673A, Jalan Kebun Bunga, Pulau Tikus, George Town, 10350 Pulau Pinang.

LelaRentaka7 Publish time 23-2-2022 07:13 PM

28. Bukit Bendera
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2017/04/Bukit-Bendera.jpg
Sumber: KP Song

Antara destinasi paling ikonik di Pulau Pinang yang harus anda lawati jika diizinkan adalah Bukit Bendera. Ia merupakan stesyen bukit british yang tertua di Asia Tenggara dan diatas terdapat 52 lot bungalow yang dibina 100 tahun dahulu.

Untuk ke puncak anda tidak perlu berjalan kerana anda boleh menaiki funicular train service. Banyak aktiviti menarik menanti anda di puncak nanti seperti melihat pemandangan Pulau Pinang yang mengkagumkan di Skydeck, melihat gelagat lucu burung hantu di owl museum dan bermacam-macam lagi.

Alamat: 422, Jalan Bukit Bendera, Ayer Itam, 11500 Pulau Pinang.

LelaRentaka7 Publish time 23-2-2022 07:14 PM

27. Fort Cornwallis
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2017/04/Fort-Cornwallis.jpg
Sumber: Shankar S / CC BY 2.0

Jika anda masih ingat kelas sejarah zaman sekolah dahulu anda mesti tahu bahawa Fort Cornwallis ini merupakan tempat pertama Sir Francis Light menjejak kakinya ke bumi Malaysia pada 1876.

Banyak dari infrastucktur asalnya masih berdiri kukuh dan anda berpeluang untuk melihat beberapa bangunan bersejarah yang pada zaman itu memainkan peranan seperti sebagai tempat menyimpan senjata dan kelengkapan perang.

Alamat: Leboh Light, George Town

LelaRentaka7 Publish time 23-2-2022 07:15 PM

26. Gurney Drive
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2017/04/Gurney-Drive.jpg
Sumber: Sevena Networks

Jika anda mencari tempat makan paling menarik di Pulau Pinang jangan lupa singgah ke Gurney Drive. Tempat ini menjadi meriah pada waktu malam dengan setiap warung menyediakan hidangan yang berbeza anda tidak kurang pilihan makanan untuk dipilih.

Kerana laut hanya beberapa minit sahaja dari tempat ini jika anda pilih untuk kesana pada waktu malam anda boleh makan dalam keadaan rileks sambil menikmati tiupan angin laut yang nyaman.

Disebabkan populariti Gurney Drive ini semakin meningkat, terdapat banyak apartment dan hotel baru didirikan di sini dan tempat ini telah menjadikan kawasan perdaganan kedua paling sibuk di pulau tersebut.

Alamat: Gurney Dr, George Town, 10250 Pulau Pinang.

LelaRentaka7 Publish time 23-2-2022 07:16 PM

25. Pulau Jerejak
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2017/05/Pulau-Jerejak-Penang-Image.jpg
Sumber: Penang Kini

Pulau Jerejak adalah sebuah pulau yang bukan sahaja kaya dengan tarikan flora dan fauna yang mendamaikan jiwa kerana ia juga menyimpan banyak sejarah yang menarik untuk diketahui.

Untuk pengetahuan anda, suatu ketika dahulu, Pulau Jerejak pernah dijadikan sebagai tempat pesakit-pesakit berjangkit ditempatkan iaitu dari tahun 1871 hinggalah 1969. Dan daripada tahun 1948 hingga 1993 pula, Pulau Jerejak digunakan sebagai lokasi untuk pembuangan banduan.

Pulau ini juga dipercayai pernah digunakan oleh pihak Jerman sebagai markas kapal selam ketika peperangan dunia kedua. Banyak sekali ‘memori’ yang disimpan pulau ini.

Bermula daripada tahun 2000, pulau ini telah dibangunkan sebagai pusat eko-pelancongan yang menarik untuk diterokai.

Alamat: Pulau Jerejak

LelaRentaka7 Publish time 23-2-2022 07:17 PM

24. Penang Avatar Secret Garden
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2017/05/Penang-Avatar-Secret-Garden-Image.jpg
Sumber: Thipparat Chompoonak

Bawalah keluarga anda menikmati pengalaman penuh magikal di Penang Avatar Secret Garden! Di sini anda sekeluarga akan tenggelam di dalam dunia ‘avatar’ di mana pokok-pokok di sekitar diterangi dengan cahaya yang penuh warna-warni yang sangat memukau pandangan.

Betapa memukaunya ‘dunia’ di sekitar sampaikan mustahil untuk anda berhenti bergambar di mana sahaja anda menapak. Nak tahu lagi sebab kenapa anda wajib ke sini? Di samping dapat merasai dunia yang berbeza, kemasukan ke dalam Secret Garden ini juga adalah percuma.

Walaupun boleh juga dilawati di siang hari, tapi pada waktu malamlah keidahannya akan mula terpancar.

Alamat: 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

LelaRentaka7 Publish time 23-2-2022 07:53 PM

3. Ghost Museum
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2017/05/Ghost-Museum-Penang-Image.jpg
Sumber: SantaiSini.Asia

Anda jenis yang suka menakutkan diri sendiri? Jom ke Ghost Museum yang terletak di George Town ni! Di dalam muzium ni terdapat banyak bilik-bilik yang telah dijadikan lokasi ‘berhantu’ dengan patung-patung yang nampak sangat real dan dipenuhi dengan darah.

Jangan lupa juga untuk bergambar sewaktu berjumpa dengan hantu-hantu yang terdapat di sini, boleh meremang bulu roma kalau dilihat sekali lagi.


Alamat: 57, Lebuh Melayu, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

LelaRentaka7 Publish time 23-2-2022 07:54 PM

22. Jurassic Research Centre
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2017/05/Jurassic-Research-Centre-Penang.jpg
Sumber: Adeline Ong

Ingin merasai macam mana keadaannya ketika zaman dinosaur dulu? Anda boleh melawat Jurassic Research Centre bersama dengan keluarga.

Di sini terdapat lebih daripada 200 dinosaur yang ‘dihidupkan kembali’ dengan menggunakan teknologi animatronik. Anda sekeluarga dapat menikmati kehidupan di dalam zaman dinosaur sambil melakukan pelbagai aktiviti interaktif menarik yang ditawarkan.

Alamat: THE TOP Penang 1, Jalan Penang, 10000 George Town Penang

LelaRentaka7 Publish time 23-2-2022 07:55 PM

21. Pasar Chowrasta @ Chowrasta Bazaar
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2017/05/Pasar-Chowrasta-Penang-Image.jpg
Sumber: Bernama Radio

Pasar Chowrasta @ Chowrasta Bazaar adalah salah satu daripada 2 pasar komuniti yang terletak di George Town. Macam mana boleh dapat nama Chowrasta ni? Perkataan Chowrasta sebenarnya berasal dari bahasa Hindi ‘chauk raasta’ yang membawa maksud ‘dataran,’ perkataan ‘chowk’ seringkali digunakan untuk pasar-pasar di negara India.

Apa yang ada dekat pasar ni? Antara yang boleh anda sekeluarga shopping di sini adalah seperti minyak urut, pakaian, dodol, belacan dan macam-macam lagi, termasuklah kedai-kedai buku terpakai.

Alamat: Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

LelaRentaka7 Publish time 23-2-2022 07:56 PM

20. Taman Rimba Teluk Bahang
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2017/05/Taman-Rimba-Teluk-Bahang.jpg
Sumber: Last Friday, Saturday, Sunday of the Month

Sudah puas berlanggar bahu dengan orang ramai, apa kata sekiranya anda sekeluarga menenangkan fikiran dengan melawat Taman Rimba Teluk Bahang. Taman Rimba ini merupakan sebahagian daripada Taman Rekreasi Teluk Bahang yang berkeluasan 873 hektar secara keseluruhannya.

Taman Rimba yang berkeluasan 32 hektar ini ditubuhkan pada tahun 1974 untuk dijadikan lokasi bagi orang ramai mendekati flora dan faunanya.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah meredah hutan melalui laluan yang telah dipetakan, bermandi-manda di dalam kolam-kolam di dalam hutan, berkelah di kawasan yang disediakan, ataupun berkhemah untuk menikmati kesegaran udara hutan sepuas hati.

Untuk menuju ke Taman Rimba Teluk Bahang, hanyalah 15 minit atau 2.2 km daripada roundabout Teluk Bahang.

Alamat: Lorong Rimba, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

LelaRentaka7 Publish time 23-2-2022 07:58 PM

19. The Habitat, Bukit Bendera
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2017/05/The-Habitat-Bukit-Bendera-Penang.jpg
Sumber: The Habitat Penang Hill

The Habitat yang terletak di Bukit Bendera adalah lokasi di mana anda dapat tenggelam di dalam keindahan flora hutan hujan tropika yang berusia 130 juta tahun. Penerokaan anda bermula dari lantai hutan melalui Natural Trail untuk mendekati pelbagai tumbuhan, reptilia, mamalia dan banyak lagi yang terdapat di dalam rimba ini.

Setelah itu, anda boleh berjalan melalui Langur Way Canopy Walk yang menawarkan pemandangan sehingga ke kawasan lembah hutan dan kebiruan lautan Andaman.

Sekiranya Langur Way Canopy Walk masih tidak dapat memuaskan pandangan mata anda di sekitar hutan ni, anda boleh berjalan melalui Curtis Crest Treetop Walk yang terletak pada ketinggian 13 meter dari tanah yang merupakan platform tertinggi di sini. Anda dapat menikmati pemandangan 360 darjah di sekitar Penang dan ini termasuklah sekitar George Town.

Untuk pengetahuan anda juga, di The Habitat terdapat beberapa buah taman bunga yang bertema seperti Fragrant Garden, Ginger Garden, Fern Garden, Butterfly Bank dan Palm Grove. Anda boleh memuaskan semua deria sentuh, rasa, hidu dan pendengaran sewaktu berada di sini.

Alamat: The Habitat Penang Hill, Bukit Bendera, 11300 Penang

LelaRentaka7 Publish time 23-2-2022 07:59 PM

18. Audi Dream Farm
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2017/05/Audi-Dream-Farm-Penang-Image.jpg

Terletak di Sungai Rusa, Balik Pulau, Audi Dream Farm adalah sebuah kebun di mana anda sekeluarga dapat melihat penanaman pelbagai jenis sayur-sayuran dan pokok bunga yang ditanam secara semula jadi. Antara tanaman yang terdapat di sini adalah petola, pokok betik, bunga matahari dan banyak lagi.

Sambil melihat kehijauan di kawasan sekitar, anda sekeluarga boleh juga melihat pelbagai jenis burung yang diletakkan di dalam sangkar. Anak-anak pasti seronok dapat melihat kerenah burung-burung yang ada.

Alamat: Audi dreamfarm 145, MK B, Sg.Rusa, 11010 Balik Pulau, Pulau Pinang
Pages: 1 2 [3] 4
View full version: MAISINGGAH✿77 Tempat Menarik Di Penang | Destinasi Terbaik Di Pulau Pinang


ADVERTISEMENT