mattzzx Publish time 23-2-2022 11:03 AM

Ada ‘pihak ekori’ pesawat MH370 sebelum hilang



LONDON: Seorang pakar aeroangkasa mengemukakan teori baharu mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370 dengan mendakwa juruterbang pesawat itu mungkin ‘diekori pihak lain’.

Lapor Daily Mail, jurutera aeroangkasa, Richard Godfrey mendakwa beliau mungkin sudah menemukan lokasi terakhir pesawat MH370 dengan menggunakan teknologi gelombang radio yang canggih.

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/5120203b65dfae9adb33fc1e7c5a1022305491.png
RICHARD GODFREY

Godfrey mendakwa pesawat MH370 terhempas ke lautan 1,933 kilometer (km) dari barat Perth dan terletak pada kedalaman 4,000 meter di bawah air di sepanjang garisan dikenali sebagai seventh arc.

Dengan menggunakan analisis Weak Signal Propagation Reporter, Godfrey menjejaki isyarat dilakukan oleh pesawat itu dalam frekuensi radio di seluruh dunia untuk mengesan lokasi terakhirnya.

Godfrey menemukan corak luar biasa dalam perjalanan pesawat itu termasuk melakukan pusingan 360 darjah di atas lautan.

Dakwanya, penemuan itu secara tidak langsung menyokong teori bahawa juruterbang pesawat, Kapten Zaharie Ahmad Shah sengaja menyimpang keluar dari laluan asalnya.

“Sehingga kini, ramai membuat andaian pesawat itu mengambil laluan lurus atau mungkin diletakkan dalam sistem autopilot.

“Namun, saya percaya ada juruterbang aktif sepanjang penerbangan,” katanya dalam satu temubual pada program 60 Minutes.

Berdasarkan penemuan Godfrey, sepanjang tiga jam perjalanan, pesawat itu didakwa berada dalam posisi holding pattern selama kira-kira 20 minit.

Godfrey percaya keadaan itu mungkin menunjukkan juruterbang berhenti untuk menghubungi pihak berkuasa Malaysia.

“Ia amat pelik bagi saya, jika anda cuba hilangkan pesawat di kawasan paling terpencil di Lautan Hindi Selatan, anda (akan) memasuki holding pattern.

“Dia mungkin berkomunikasi dengan kerajaan Malaysia atau mungkin memeriksa sama ada ada pihak lain mengekori pesawat itu,” ujarnya.

Pakar itu juga menunjukkan sebanyak 160 titik membabitkan isyarat terganggu di Lautan Hindi yang dikesan pada peta.

Katanya, hanya satu pesawat lain berada di kawasan tersebut pada malam kejadian sekaligus bermakna gangguan berkemungkinan berpunca daripada pesawat MH370.

musangbodoh Publish time 23-2-2022 11:33 AM

nie konspirasi nk songlap duit lg ka....h2o senyum sinis
Pages: [1]
View full version: Ada ‘pihak ekori’ pesawat MH370 sebelum hilang


ADVERTISEMENT