mattzzx Publish time 23-2-2022 11:00 AM

Pemain catur 16 tahun India bergelar juara dunia

https://assets.bharian.com.my/images/articles/catur_1645528214.jpg
Rameshbabu Praggnanandhaa menjuarai pertandingan catur antarabangsa dengan mengalahkan pemain nombor satu dunia, Magnus Carlsen dalam satu kejohanan dalam talian. - Foto AGENSI

NEW DELHI: Grandmaster catur remaja India, Rameshbabu Praggnanandhaa menjuarai pertandingan catur antarabangsa dengan mengalahkan pemain nombor satu dunia, Magnus Carlsen dalam satu kejohanan dalam talian.

Praggnanandhaa, 16, yang bergelar master antarabangsa termuda 2016 pada usia 10 tahun, mengalahkan Carlsen semalam dalam pertandingan catur Airthings Masters.

"Sudah tiba masanya untuk tidur kerana saya tak fikir untuk makan malam pada jam 2.30 pagi," kata Praggnanandha selepas memperoleh kemenangan menerusi 39 gerakan.

Pemain lain yang telah menewaskan Carlsen - termasuk Viswanathan Anand dan Pentala Harikrishna dari India - tetapi Praggnanandhaa adalah yang termuda sejak pemain Norway itu menjadi juara dunia pada 2013.


Anand, juara dunia lima kali dan dianggap pemain catur terhebat pernah India lahirkan menulis di Twitter: "Sentiasa berbangga dengan bakat kami! Hari yang sangat baik untuk @rpragchess."

Pemain kriket handalan India, Sachin Tendulkar, turut memuji Praggnanandhaa selaku anak jati Chennai yang menggelarnya sebagai pencabar masa depan dunia.

"Perasaan yang hebat untuk Pragg. Baru 16 dan sudahpun menewaskan Magnus Carlsen yang berpengalaman dan terlatih serta bermain hitam. Ia adalah ajaib," kata Tendulkar di Twitter.

"Tahniah diucapkan dan berjaya dalam kerjaya catur akan datang. Anda telah membanggakan India!," tambahnya.

Carlsen, 31, yang tewas dalam acara Jelajah Kejuaraan Catur Meltwater terlepas hadiah wang tunai utama berjumlah AS$1.5 juta (RM6.27 juta).

Semalam, Carlsen ada mengadu yang dia kurang sihat kerana masih terkesan akibat jangkitan COVID-19.

"Saya rasa lebih baik hari ini, tetapi beberapa hari pertama, saya rasa macam okay tetapi tidak bertenaga dan sukar untuk saya fokus," kata Carlsen.

Carlsen memenangi kejuaraan catur dunia lima kali berturut-turut pada Disember, mengatasi Ian Nepomniachtchi dalam pertandingan yang menyaksikan pemain dari Russia itu tewas dalam permainan berlangsung selama lapan jam.

Ia dianggap permainan epik kerana berlangsung paling lama dalam kejohanan catur dunia. - AFP

penutupbotol Publish time 28-10-2023 04:00 PM

bijak anak ini
Pages: [1]
View full version: Pemain catur 16 tahun India bergelar juara dunia


ADVERTISEMENT