mattzzx Publish time 23-2-2022 10:48 AM

Ditahan 3 kali dalam masa 16 jam

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0222rslangdon_1645570218.jpg
JAMES Langdon. FOTO Agensi

Los Angeles: Seorang lelaki di California Selatan ditahan polis tiga kali dalam tempoh 16 jam pada Ahad.

Pada mulanya, James Langdon ditahan jam 3 pagi di Glendale selepas dia cuba melarikan diri ketika dihampiri polis.

Lelaki berusia 47 tahun itu ditahan dan dibawa ke hospital selepas dia meminta mendapatkan rawatan.

Dia kemudiannya dibebaskan dan diminta hadir ke mahkamah.

Namun, beberapa jam kemudian, dia ditahan kali kedua selepas seorang pekerja di Glendale melihat lelaki itu cuba memasuki kawasan tertutup menggunakan pemutar skru.

Dia ditahan polis selepas menerima laporan kejadian dan sekali lagi dibebaskan tiga jam kemudian, menerusi jaminan 'sifar dolar'.

Kira-kira jam 7 malam, polis menerima satu lagi laporan pecah masuk sebuah apartmen.

Penduduk terserempak dengan Langdon yang dilihat di kaki lima dengan pintu rumah seorang penduduk terbuka dan keadaan berselerakan di dalamnya.

Ketika melihat polis tiba, Langdon terus melarikan diri ke sebuah apartmen kosong sebelum mengunci dirinya dari dalam.

Polis mengepung kawasan apartmen berkenaan dan seorang pegawai polis cuba untuk memujuknya menyerah diri.

Langdon ditahan kerana melakukan vandalisme yang menyebabkan kerosakan dianggarkan AS$6,000 (kira-kira RM25,000), menurut polis.

penutupbotol Publish time 28-10-2023 04:01 PM

pon boleh ekk
power betol
Pages: [1]
View full version: Ditahan 3 kali dalam masa 16 jam


ADVERTISEMENT