mattzzx Publish time 23-2-2022 10:47 AM

Terpedaya kerana sepi ketika pandemik

Miami: Seorang wanita dari Florida, Amerika Syarikat (AS) kerugian lebih AS$1 juta (kira-kira RM4.2 juta) selepas menjadi mangsa penipuan teman lelaki yang dikenalinya di alam maya.

Debby Montgomery Johnson yang juga usahawan dan bekas pegawai tentera udara bagaimanapun tidak memberitahu sesiapa bahawa dia menjadi mangsa penipuan itu.

"Ia tidak sepatutnya berlaku kepada saya," katanya kepada AFP.

Dianggarkan puluhan ribu individu menjadi mangsa sindiket Love Scam setiap tahun.

Jumlah itu semakin meningkat dalam tempoh pandemik Covid-19 ketika orang ramai banyak meluangkan masa di internet bagi mencari cara menghilangkan kesepian.

Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) AS, menjejaki penipuan yang dilaporkan kepada Jaringan Sentinel Pengguna berkata, tahun 2021 menyaksikan rekod mangsa kerugian AS$547 juta (kira-kira RM2.3 bilion) akibat sindiket Love Scam.

Itu menandakan peningkatan hampir 80 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Angka itu menunjukkan lonjakan kes seumpamanya pada tahun pertama pandemik Covid-19.

Orang ramai melaporkan kepada FTC kerugian AS$1.3 bilion (kira-kira RM5.4 bilion) akibat penipuan sepanjang lima tahun lalu iaitu paling banyak dalam kategori penipuan.

Bagaimanapun, FTC memaklumkan jumlah itu hanya sedikit kerana sebahagian besar kes tidak dilaporkan.

Tim McGuinness, pengasas Society of Citizens Against Relationship Scams (SCARS) pula berkata, angka kes itu meningkat kerana pengasingan, kesunyian dan penggunaan web sebagai alat komunikasi eksklusif ketika wabak.
Pages: [1]
View full version: Terpedaya kerana sepi ketika pandemik


ADVERTISEMENT