mattzzx Publish time 23-2-2022 10:40 AM

Bawa pistol ke sekolah nak tembak zombie

Washington: Seorang murid sebuah sekolah rendah di Carolina Selatan membawa pistol datuknya kerana mendakwa mahu menembak 'zombie'.

Kejadian itu disedari seorang kakitangan sekolah berkenaan yang terlihat pistol di tempat duduk murid.

Dia segera memaklumkan kejadian kepada pengurusan sekolah untuk tindakan selanjutnya.

"Bagaimanapun tiada ugutan dibuat terhadap kakitangan dan murid lain," kata jurucakap polis Laurens, Leftenan Scott Franklin.

Penguasa Sekolah Daerah 55 Laurens, Ameca Thomas berkata, tindakan pantas guru membolehkan kejadian itu diselesaikan dalam tempoh singkat.

"Proses dijalankan dengan bantuan kakitangan sekolah berupaya memperoleh pistol itu tanpa sebarang kejadian tidak diingini," katanya.

Beliau berkata, ibu bapa juga diminta lebih berwaspada dan memeriksa beg sekolah anak masing-masing bagi mengelak kejadian sama berulang.

Berdasarkan peraturan ditetapkan, murid yang didapati membawa senjata api akan dibuang sekolah.

"Kami mengambil serius perkara ini dan bersyukur tiada kecederaan fizikal dilaporkan," katanya.

Dalam kenyataan media di laman web sekolah berkenaan, Thomas mengesahkan tiada ugutan dibuat kepada murid dan kakitangan sekolah.

"Seperti kebiasaan kami berharap sekolah akan menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak.

"Jika ada sebarang masalah atau pendapat, boleh berhubung terus dengan pengetua atau guru di sekolah," katanya.

Datuk kepada pelajar terbabit akan bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan dan dikenakan bon jaminan oleh mahkamah.
Pages: [1]
View full version: Bawa pistol ke sekolah nak tembak zombie


ADVERTISEMENT