nurulazzah05 Publish time 23-2-2022 09:13 AM

PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN SEMASA HAID




APA ITU HAID ?
Haid juga dikenali sebagai menstruasi. Ia menunjukkan anda kini menjadi seorang wanita.Apabila haid berlaku, anda akan mengalami pendarahan dari faraj. Haid yang berlaku adalah berbeza dari seorang wanita dengan wanita lain.Setiap kitaran haid adalah selama 3-7 hari. Tempoh antara sebuah kitaran haid ke kitaran seterusnya adalah berbeza iaitu di antara 21-35 hari.Perkara yang boleh kita lakukan semasa datang haid :



1. MENDENGAR BACAAN AL-QUR’ANDianjurkan untuk mendengar al-Qur’an melalui CD, Youtube, atau tafsir al-Quran tanpa menyentuh mashafnya. 2. MEMBACA TAFSIR AL-QUR’ANKetika haid ini, ambil peluang untuk cuba memahami dan mengkaji isi al-Quran melalui terjemahan, kuliah-kuliah di internet, dan bahan bacaan rujukan.3. UCAPKAN ZIKIRAda banyak jenis zikir yang boleh menjadi amalan ketika haid dan nifas. Ia berupa ucapan tasbih, tahmid, takbir, tahlil, dan sebagainya.4. BACAAN AL-MATHURATAl-mathurat adalah himpunan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.5. BERSELAWATSelawat yang kita ucapkan akan sampai kepada Rasulullah SAW. Ia juga adalah bukti kecintaan dan ingatan kita terhadap Baginda.6. ISTIGHFARAmbil sedikit masa untuk mengingati semua kekurangan diri serta kekurangan ibadah kita selama ini. Banyakkan memohon taubat serta keampunan dari Allah melalui istighfar, dengan menyebut Astaghfirullah hal ‘aziim ( اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ ).7. BERDOADoa adalah antara amalan ketika haid yang paling mudah dilakukan. Ia boleh dilafazkan dengan apa juga bahasa dan pada bila-bila masa.8. MENGULANG SURAH YANG LAZIM DIBACA / HAFALANSurah yang lazim dibaca di sini bermaksud surah yang menjadi amalan harian.Sekiranya seseorang sedang dalam proses menghafal sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran, wanita juga boleh menggunakan masa ini untuk mengulang hafalan tersebut terutamanya bagi pelajar atau pengajar.9. MEMBACA BAHAN BACAAN AGAMATerlalu banyak bahan bacaan di luar sana yang boleh dimanfaatkan. Tidak kiralah buku berbentuk sejarah Islam, ibadah, pengetahuan hukum, hadis, motivasi, dan macam-macam lagi.jom menjadi amalan kita, boleh bincang-bincang di sini

musangbodoh Publish time 23-2-2022 02:12 PM

errrr lagi.......
Pages: [1]
View full version: PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN SEMASA HAID


ADVERTISEMENT