mattzzx Publish time 22-2-2022 12:23 PM

60 terbunuh dalam letupan lombong emas di Burkina Faso

https://assets.bharian.com.my/images/articles/lombong_1645492634.jpg
Foto hiasan

OUAGADOUGOU: Sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh, manakala berpuluh-puluh lagi cedera dalam kejadian letupan di tapak perlombongan emas tidak rasmi di barat daya Burkina Faso, lapor televisyen kerajaan, memetik pegawai tempatan.

Pesuruhjaya Tinggi Wilayah Poni, Antoine Douamba, berkata punca letupan masih belum diketahui.

Imej menunjukkan tapak letupan besar menyebabkan pokok tumbang dan memusnahkan rumah bijih timah dengan mayat terbaring di atas tanah beralaskan tikar.

Tidak jelas dengan tepat jenis perlombongan emas yang dijalankan di tapak berkenaan.

Burkina Faso adalah tempat kepada beberapa lombong emas utama yang dikendalikan oleh syarikat antarabangsa, tetapi juga kepada ratusan tapak tidak rasmi yang lebih kecil dan beroperasi tanpa pengawasan dan peraturan.

Golongan kanak-kanak kerap bekerja di lombong yang dipanggil artisan itu dengan kejadian kemalangan adalah perkara biasa. - Reuters
Pages: [1]
View full version: 60 terbunuh dalam letupan lombong emas di Burkina Faso


ADVERTISEMENT