Agent13k Publish time 21-2-2022 05:41 PM

RXZ Tersidai 3 Bulan Di Pos Laju, Lapor Polis Kalau Tak Terima 25 Februari Ini!

Seorang lelaki kecewa apabila motosikal dihantar melalui perkhidmatan Pos Laju dari Tawau, Sabah masih dalam proses penghantaran dan belum diterima pemiliknya di Temerloh, Pahang selepas berbulan menunggu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/21/172119wrr2gzr2iq1ann2n.pngkredit foto: Facebook



Menurut laporan Majoriti, pemilik motosikal itu, Muhd Zakry berkata, dia sudah menunggu hampir tiga bulan sejak motosikal miliknya dihantar pada 13 Disember lalu.

Menurutnya, dia sudah hubungi pihak Pos Laju tentang motosikalnya itu dan pihak berkenaan melaporkan kenderaannya itu berada di atas kapal dan tidak ada kebenaran untuk berlabuh.


Berbeza dengan jawapan diterimanya sebelum ini apabila Pos Laju memaklumkan motosikalnya telah berada di Pelabuhan Klang.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/21/172142qkq5ota3gamqpj2n.jpgkredit foto: Facebook



Zakry berharap Pos Laju akan mengambil perhatian berkaitan kes tersebut kerana proses penghantaran motosikal agak rumit.


Dia yang bertugas sebagai anggota tentera memberitahu bahawa dia menghantar kenderaan itu ke Pahang kerana dipindahkan tugas dari Sabah ke Pahang.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/21/172200xwu3255wkrf4kl64.jpgkredit foto: Facebook



Menurut Zakry, caj penghantaran motorsikal itu bernilai RM1,025 dan dia tidak teragak-agak untuk melaporkan perkara itu kepada pihak polis jika ia tidak diterimanya 25 Februari ini. - CARI

musangbodoh Publish time 21-2-2022 08:53 PM

haaahah...kesian...byk mata dh mark moto ko tu bang....

hareeeesah Publish time 21-2-2022 11:29 PM

Motor harga keras bang.. ada la tu mata-mata nak.. tp dia pun org uniform tu yg susah nk buat keje. Uniform nk lawan uniform

adel7 Publish time 22-2-2022 12:42 PM

Hilang dah tuuu
Pages: [1]
View full version: RXZ Tersidai 3 Bulan Di Pos Laju, Lapor Polis Kalau Tak Terima 25 Februari Ini!


ADVERTISEMENT