Agent13k Publish time 21-2-2022 01:54 PM

Bingung Selalu Sakit Tekak Di Waktu Pagi? Mungkin Ini Punca-Puncanya

Bangun pagi dengan perasaan sakit tekak yang datang secara tiba-tiba bukanlah satu perasaan yang menyenangkan, anda mungkin tidak alami selsema atau penyakit lain pada waktu itu, tetapi sakit tekak itu muncul secara tiba-tiba.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/21/132647a42ppkwppu9tvom1.pngkredit foto: Healthgraders



Menurut Mstar, sakit tekak bukan selalu berpunca dari selsema ataupun batuk, tetapi boleh berpunca dari persekitaran anda. Ini adalah 4 punca sakit tekak di waktu pagi yang bukan berpunca dari selsema ataupun batuk.



[*]Alahan

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/21/132740yhe3hld3fotvc3uo.jpgkredit foto: Freepik



Gatal dan bersin adalah gejala pertama yang anda fikiran tetapi alahan bermusim boleh juga menjadi punca tekak anda sakit dan gatal, alahan yang berpunca dari debunga, habuk atau bulu boleh mencetuskan keradangan pada saluran pernafasan dan menyebabkan ketidakselesaan di tekak.



[*]Udara sejuk dan kering

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/21/132829caf11711fdyalt1n.jpgkredit foto: Medical Urgent Care



Keadaan yang amat sejuk atau kering boleh menyebabkan badan meningkatkan pengeluaran lendir dalam usaha mengekalkan saluran udara yang lembap, apabila lendir tambahan itu mula meresap, ia boleh menimbulkan perasaan tidak selesa yang menyebabkan kerongkong anda rasa kasar.




[*]Kecederaan pita suara

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/21/132921pwf7ptfzvpvtv677.jpgkredit foto: Stanford Children's Health



Jika anda menyanyi terlalu lama dan menJerit terlalu banyak, ia boleh meregangkan pita suara, malah menyebabkan tekak anda bengkak. Akibatnya, suara anda bertukar serak dan tekak berasa sakit.



[*]Penyakit serius

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/21/133100rud7sbd4gkbadcb4.jpgkredit foto: Vistacreate



Walaupun jarang berlaku, tetapi sakit tekak boleh menjadi tanda masalah kesihatan yang serius seperti kanser dan HIV. Difahamkan, ia ada simptom lain seperti sukar menelan, berasa ada ketulan di leher, lendir atau kahak yang berdarah. -CARI

musangbodoh Publish time 21-2-2022 10:40 PM

sblom tidoq minum ayaq suam segelas...{:thumbo
Pages: [1]
View full version: Bingung Selalu Sakit Tekak Di Waktu Pagi? Mungkin Ini Punca-Puncanya


ADVERTISEMENT