Terkenal Di Media Sosial, Imran Bard Kini Di Pentas Peragaan
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/21/131336at40048ut04o8zd0.pngSelebriti media sosial, Imran Bard yang terkenal dengan dialog 'ghisau ghisau' mulai tular selepas ramai selebriti membuat parodi menggunakan 'sound byte' dialog berkenaan.
Pemilik nama sebenar, Muhammad Al Imran Badaruddin sentiasa terbuka untuk menerima tawaran berlakon dan ingin membawakan watak antagonis sekiranya diberikan peluang.
https://www.instagram.com/p/CaJkMkdJYUC/
Pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat tidak teragak-agak menjadikan Imran sebagai salah seorang 'muse' selain Naim Daniel dan Syafie Tee dalam satu pertunjukkan fesyen baru-baru ini.
Hatta sendiri bangga dengan pencapaian Imran yang kelihatan profesional ketika berjalan memperagakan rekaannya.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/21/131909kmltnt6oft889t1m.jpg
Imran yang berkongsi gambar berkenaan di Instagram menerima pujian bukan hanya daripada rakannya tetapi juga peminatnya. Mereka tumpang gembira dan bangga dengan pencapaiannya.
Turut aktif di YouTube, Imran baru-baru ini berjaya memperolehi Silver Button. -CARI
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/21/132555j7qxtima2y8exict.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/21/132557vz7ighkikiv1pzuh.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/21/132558axpe9ep7xbx17tgw.jpg
tahniah.. rezeki heols. Boleh adjust lg rupenye nih... Rezeki dah x yah ghisau ghisau… tinggi rupenya dia ea.. tinggi budak imran ni ek..183cm awww...bestieee! Exotic :lol: Awat seluaq singkat? Banjir ka boleh p jauh ni imran bard
kena polish lagi catwalk dia ni
Tak sia2 catwalk pakai apron & cekak rambut Edited by bunnyj3lly at 21-2-2022 04:44 PM
Mostly nak jadi model tak semestinya kena hensem atau cantik. Janji muka almost simetri, body tak borois, tinggi match.. mmg boleh GO la kiranya. Kesimentrian tu lebih penting dari "cantik" or "hensem". Sbb benda2 tu boleh enhance / cover dengan kuasa mekap. :C:C:C Nampak real! Memang ada aura catwalk. Muka pun nampak sesuai. This is GOOOOOOOOOD! Aah model yg penting postur n struktur badan. Rupa nombor dua. Lgpn rupa ko ni mmg ala2 model rare dik. Moga berjaya Ohh tinggi rupanya budak ghisau ni
Yg ckp Raya kat syurga tu pun dia kan? Klako video tu Wahh tahniah.. Rezeki dia.. wow, untung kau dik.
moga lepas ni dapat jadi top model. iols suka attitude dia yg ala2 idgaf.. azfar heri pun iols suka dgar dia membebel
Pages:
[1]