Cintaerina Publish time 21-2-2022 12:14 PM

Sharifah Rose Mohon Maaf, Tak Sedar Ciplak Jenama Lain

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/21/111033oi5a3z75q3aobzd8.png
Sumber: Instagram Sharifah Rose


Baru-baru ini pelakon dan model Sharifah Rose telah mencetuskan beberapa kontroversi dan menerima kecaman hebat daripada netizen di media sosial sejak dia mengumumkan perniagaan barunya.


Seorang netizen di laman Twitter telah mendakwa Rose meniru nama serta reka bentuk jenamanya, Sekuntom. Selepas itu, netizen dikejutkan pula dengan teaser susu Sekuntum yang menyerupai dengan jenama Maca Milk di Australia.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/21/113258yg5y9m07y075uyww.pngSumber: Twitter




Hal ini menyebabkan ramai netizen telah mengkritik tindakan Sharifah Rose yang tidak membuat background check sebelum menghasilkan produknya.


Selepas beberapa hari mendiamkan diri dari media sosial, akhirnya pelakon drama Kekasih Mr Bodyguard tampil memberikan penjelasan berkenaan dengan isu itu. Rose juga telah berbincang dengan pemilik jenama Maca Milk untuk meminta maaf.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/21/111037nuuwaariq4awzcwy.pngSumber: Instagram Sharifah Rose





Menerusi posting terbarunya di Instagram, Rose berkata sebagai seorang yang baru memulakan perniagaan, dia mengaku bahawa banyak benda perlu dipelajari dan dia akan sentiasa memperbaiki kekurangan diri.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/21/111042m82hecnxvvvx8erd.pngSumber: Instagram Sharifah Rose





Menurut Rose, dia tidak tahu bahawa dia telah 'menciplak' jenama Maca Milk iaitu jenama keluaran Australia sebelum melancarkan teaser di Instagram.


Jelas Rose, dia memilih nama Sekuntum itu adalah kerana iakeluarganya sering memanggilnya dengan gelaran itu.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen telah menasihati Rose dan meminta Rose untuk menjadikan hal ini sebagai satu iktibar untuk dirinya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/21/111914zffyizyea7yuri0q.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/21/111914sq7ag1ac7oc0114j.png

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/21/111915bnj7t7sj7s7s2jjp.png

Sumber: Instagram Sharifah Rose





Moga semua dapat mengambil iktibar dari kisah ini. Seeloknya sebelum memulakan bisnes, banyak yang perlu kita ambil kira terutamanya melakukan background check supaya kita tidak memplagiat produk jenama lain. -CARI

Normabaru Publish time 21-2-2022 12:30 PM

Jap pening..si sepah ni tiru sekuntom ke macamilk?ke dua2..pening naw..sbb too similar.xnmpk beza..

whimsicalmusic Publish time 21-2-2022 12:42 PM

Normabaru: Jap pening..si sepah ni tiru s ... rasa kalo nama tiru sekuntom tp gmbr kotak susu tu pakai macamilk punya? Iolls rasa la

AcikBuncit Publish time 21-2-2022 12:45 PM

Bengapnye la sape designer produk dia ni. Ptut pecat je.. Agaknye google2 je gambar pastu edit buh nama sndiri.. Gilos

AcikBuncit Publish time 21-2-2022 12:46 PM

Btw acik keliru btl tgk ig sekuntum ni. Kejap tdung, kejap sayur, kejap vitamin. Like apa benda jadah produk ko ni.. Xtau nk tonjolkan produk lgsg

eizarz Publish time 21-2-2022 01:12 PM

sapa pompuan ni...????

innocent_me Publish time 21-2-2022 02:17 PM

Kes nya begini,
si pah rose ni buat brand Sekuntum jual tudung dan susu.
bila buat keluar teaser, ada 2 brand yang marah.

1. Sekuntom - marah sbb nama hampir sama, tukar O dgn U je dan logo pun lebih kurang.
2. Macamilk, Australia - marah sbb pattern unik kat kotak susu diaorg exactly sama, kaler je lain.

Pendek kata, cik pah, mohon bubar creative team kau, kaki google level buat assignment je otak.
Rugi duit, rugi tenaga. Semua kena tukar, apooo. Dan kau cik pah, mohon buat keje sama2, jgn apa yg team kau bagi nampak cantik terus terima, semak dulu.

doubleharmonic Publish time 21-2-2022 02:21 PM

muka ko ciplak noreen hutan pon mesti ko tak sedar kan noreen?

amyainsamad Publish time 21-2-2022 03:14 PM

boooo..creative team ko boleh pecat dh siap2

belum apa2 dh rugi tapi free marketing la ni

Carcosa Publish time 22-2-2022 01:52 AM

Org nak meniaga, ko pon nk meniaga
Team dia, haruslah org2 yg bodoh + takde pengalaman. Tah2 kaum2 keluarga dia je. Setakat gugel2 cilok idea org, nahh terhasil product.
Nasib ko baiklah tak kena saman. Kena kat company besar2 yg dah trademark semua product or logo dia, mampos kau tinggal spender kena saman.
Bodoh punya BBNU. Takde org yg advice ko ke??

makton Publish time 22-2-2022 08:24 AM

pecat je la creative team kau tu. bikin malu je

caca_eric Publish time 24-2-2022 11:37 PM

Harap2 lepas habis kotak tudung sekuntum tu, pah tukar la nama jadi RedRose (mawar merah)
Kotak dah print byk
Rugi pulak kalau buang

Sazreena Publish time 25-2-2022 05:24 PM

Tak taulah apa relevannya kewujudan dia kat dunia seni ni..konon..berlakon pun kayu..meniaga sah-sah meniru..followers baodoh gak la yg gigih menaikkan dia.

incess.my Publish time 1-3-2022 08:28 AM

Ko feeling tinvi ke suka ciplak hasil org. Lg satu, ko berlakon pun hauk, dgn realty tv ko ke korea tu, plastik sgt! Kbai

bukannasigoreng Publish time 11-3-2022 11:21 AM

susah ke nak jadi diri sendiri?
Pages: [1]
View full version: Sharifah Rose Mohon Maaf, Tak Sedar Ciplak Jenama Lain


ADVERTISEMENT