mattzzx Publish time 21-2-2022 11:52 AM

Samseng tumbuk ibu Foden

https://assets.bharian.com.my/images/articles/21foden_1645414111.jpg
Klip video yang tular menunjukkan kejadian pergaduhan membabitkan ibu pemain Manchester City, Phil Foden. - Foto thesun.co.uk

LONDON: Polis sedang menjalankan siasatan selepas rakaman seorang samseng menumbuk ibu Phil Foden dalam kejadian berlaku selepas pertarungan tinju Brook melawan Khan malam semalam.

Video mengejutkan itu yang didedahkan Sun, menunjukkan pergaduhan tercetus antara Claire Foden dan sekumpulan lelaki selepas seorang daripada mereka mengejek pemain Man City itu.

Dan kini polis menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Polis Greater Manchester berkata: "GMP menyedari klip video yang tular di media sosial menunjukkan kejadian di AO arena malam semalam.


"Kami sedang menjalankan siasatan lanjut yang menyebabkan insiden berkenaan."

Pemain tengah itu dilihat cuba masuk campur manakala seorang lagi lelaki mengambil pemadam api bagi digunakan sebagai senjata.

Klip video berkenaan yang dikongsi di media sosial berlaku di AO Arena Manchester yang bermula apabila Foden, 21, dilihat berada di situ selepas kekalahan 3-2 City kepada Spurs.

Teman wanita pemain itu, Rebecca Cooke keluar dan menjerit: "Siapa yang kamu panggil c***?"

Pasangan itu kemudian masuk ke bilik peribadi di situ selepas kekalahan Khan kepada Kell Brook.

Ibu Foden, Claire kelihatan keluar dan bertanya kepada kumpulan itu: "Siapa yang bercakap tadi?"

Seorang daripada mereka menjawab: "Tiada siapa." - AGENSI
Pages: [1]
View full version: Samseng tumbuk ibu Foden


ADVERTISEMENT