mattzzx Publish time 21-2-2022 10:19 AM

Ratu Elizabeth II dijangkiti Covid-19

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/libbet-afp_1645363741.jpg
Ratu Elizabeth II. FOTO AFP

London: Ratu Elizabeth II, 95, disahkan positif Covid-19 pada Ahad.

Bagaimanapun simptom yang dialaminya adalah ringan dan baginda berhasrat untuk meneruskan tugas ringan di kediamannya di Istana Windsor, menurut kenyataan Istana Buckingham.

Pada 10 Februari lalu, anaknya Putera Charles diuji positif wabak itu iaitu dua hari selepas bertemu ibunya di Windsor.

Tambah kenyataan itu lagi, baginda akan menerima rawatan perubatan dan akan mengikut semua garis panduan yang sesuai.

Walaupun lazimnya berahsia mengenai kesihatan ratu, pihak istana sebelum ini mengesahkan baginda lengkap divaksin sepenuhnya.

Persatuan Akhbar Britain berkata difahamkan beberapa kes Covid-19 juga dikesan dalam kalangan pasukan Istana Windsor.
Pages: [1]
View full version: Ratu Elizabeth II dijangkiti Covid-19


ADVERTISEMENT