Cintaerina Publish time 19-2-2022 04:11 PM

Selepas 19 Tahun Bercinta, Lelaki Ini Akhirnya Beri Kejutan Istimewa

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/19/154344xmqxdgomqcgn9ncq.png
Sumber: Portal Mirror







Seorang lelaki memberi kejutan kepada kekasih hatinya pada Valentine's Day dengan lamaran perkahwinan yang diukir di atas pasir di sebuah pantai.


Kata Patrick Dinnen, ketika itu dia sedang berjalan sambil berpegangan tangan bersama teman wanitanya iaitu Mags Cleary di Pantai Inchydoney, Ireland sebelum dia melihat lamaran tersebut.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/19/154250x8pyyfyunzyw1ddc.jpgSumber: Portal Mirror







Pasangan yang telah 'bercinta' selama 19 tahun itu menghabiskan masa pada malam sebelumnya di spa di pulau berdekatan dengan West Cork.


Keesokannya, dia mengajak teman wanitanya itu untuk keluar bersiar-siar di tepi pantai.



Semasa sedang bersiar-siar, Mags Cleary sangat terkejut apabila ternampak satu ukiran yang tertulis "Sudikah awak berkahwin dengan saya, Mags Cleary?"


Orang ramai yang berada di pantai tersebut turut tersentuh dengan kejadian itu apabila mereka melihat termasuk ukiran bentuk hati gergasi tersebut.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/19/154249t2gh8z8s5kgj3gnm.pngSumber: Portal Mirror




Mags berkata yang dia berasa sangat terkejut dan tidak menjangkakan lamaran tersebut ketika sedang bersiar-siar di pantai.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/19/154255l5dm2524gpuu7vtp.jpgSumber: Portal Mirror







Pasangan itu mempunyai dua anak yang berumur sembilan dan tujuh tahun. Mereka jarang sekali menghabiskan waktu romantis bersama.


Disebabkan hari tersebut adalah Hari Kekasih, Mags mengatakan dia dapat merasakan dia akan mendapat kejutan seperti hadiah ketika mereka sampai di hotel tetapi dia tidak menjangkakan langsung akan dilamar.







Untuk pengetahuan, anak saudara Patrick yang menjadi orang di sebalik idea ukiran itu mengupah pelukis lokal untuk mengukir mesej yang romantis.


Tambah Megs, dia sangat menghargai usaha Patrick untuk menjadikan Hari Kekasih tahun ini sebagai satu kenangan terindah buatnya. - CARI

Buritan Publish time 19-2-2022 07:13 PM

Boleh tiruuu nii.. romen romen dulu.. dah ade anak.. baru kawinnn.. koh koh

imransulaiman Publish time 19-2-2022 10:30 PM

Buritan replied at 19-2-2022 07:13 PM
Boleh tiruuu nii.. romen romen dulu.. dah ade anak.. baru kawinnn.. koh koh

Amboi kak burit...hahahaha

Buritan Publish time 19-2-2022 10:45 PM

imransulaiman replied at 19-2-2022 10:30 PM
Amboi kak burit...hahahaha

Ni mesti ramei tiru dan puje nii.. leh jd kokesen..

dubuk Publish time 20-2-2022 10:21 AM

menuju ke neraka yang indah katanya

jazaa100 Publish time 20-2-2022 05:34 PM

Ank dah dua org, baru nk kawin......

Perghhh....romantik sungguh...:lol:

doubleharmonic Publish time 20-2-2022 11:50 PM

tu jah kejutan istimewa kau? lagi terkejut tengok dah beranak dua baru terhegeh2 nak melamar nak kawin bagai?

KamikuP Publish time 21-2-2022 09:11 AM

Yelorr.. mcm anak polis ada anak negro dah temengandung pastu sorok kelahiran anak.. tup tup famili tau bila anak negro tu dah besar..

nakkomenjugak Publish time 21-2-2022 04:09 PM

Gitchewwww
Tengok subur ke idokkkk citenyaaa
dah serasi masing2 subur baru ambik keputusan kawen

Artemesiaa Publish time 23-2-2022 06:07 PM

Official juga akhirnya

Hizert Publish time 24-2-2022 02:30 PM

ape tah poin diorg kawin...dah ada anak dah pon.
Pages: [1]
View full version: Selepas 19 Tahun Bercinta, Lelaki Ini Akhirnya Beri Kejutan Istimewa


ADVERTISEMENT