tatod Publish time 19-2-2022 04:07 PM

Pengantin Belasan Tahun, Kahwin Nak Elak Zina

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/19/151804lkh6b8b58bchhpgw.png


Tular di TikTok video perkahwinan remaja lelaki dan perempuan masing-masing berusia 17 dan 16 tahun mencetuskan perdebatan warga maya mengatakan usia itu terlalu muda untuk mendirikan rumah tangga.


Menerusi akaun qiss.moyy_, dia meletakkan keterangan video bahawa perkahwinan berkenaan bertujuan untuk mengelakkan terjadinya perkara yang tidak elok.





7066019234094009627


Gadis yang berkongsi rakaman persandingan sepupunyaitu juga menyifatkan individu yang mengecam pernikahan remaja berkeanaan sebagai tidak matang.


Bagaimanapun, warga maya mengingatkan bahawa perkahwinan itu bukan semata-mata untuk mengelakkan zina namun datang dengan rasa tanggungjawab.





7066096289309576475


Tambahan pula, cabaran ekonomi pada masa kini agak besar sedangkan kedua-dua pasangan itu walaupun kedua-duanya sudah tidak bersekolah.


Ada juga yang menyentuh usia remaja itu sebagai bawah umur berdasarkan undang-undang negara.





7066238896308243739


Sebagai maklumat tambahan, pada 2010, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEIK) pada ketika itu pernah memberikan kenyataan bahawa secara prinsipnya perkahwinan bawahumur boleh mengikut hukum syarak tetapi tidak boleh dilaksanakan sesuka hati kerana tertakluk di bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kelantan 2002. (Sumber Mstar)


Pada 2018, Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu menggerakkan usaha menyelaraskan perundangan berkaitan di negara ini dalam menetapkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun. (Sumber BH)


Bagaimanapun, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, berkata adalah lebih baik perketatkan syarat perkahwinan kanak-kanak bawah umur dan bukannya mengharamkan terus.


Syarat diperketatkan bagi mengurangkan statistik perkahwinan bawah umur namun kelonggaran untuk pihak lelaki yang ingin bertanggungjawab sekiranya pasangan hamil luar nikah, lapor FMT. - CARI



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/19/153044khfuah9y7t4yz79t.jpghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/19/153057zndzx4xjxj27u5g2.jpg

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/19/153058yr1avsy1stmih1mc.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/19/153059hp2ln0vn8vtt97p7.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/19/153100q9hccce9pck699p9.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/19/153101dzzrroc7tcro6csl.jpg




mijot Publish time 19-2-2022 05:56 PM

semoga dipermudahkan...
dunia perkahwinan ni besar bkn seks semata-mata..

krustykrab Publish time 19-2-2022 06:00 PM

Budak lelaki tu muka budak sgt:lol:

Tunggulah 2-3 tahun lagi kita tgk acaner

Daftpunk_shine Publish time 19-2-2022 06:29 PM

Sereeeemmmmm aku...dik, api cinta ni membara 5 tahun je. Lepas tu...hmmmm

abadi84 Publish time 19-2-2022 07:04 PM

Bknlah tak boleh kahwin sbb nak elakkan zina
Tapi tanggungjwb lps kahwin lg sukar drpd elakkan zina
X tahulah org lain, tp pd aku nak elak zina ni senang jer...
Asal ko tak berdua2 an dan bersunyi2an...dptlah elak.
Tp nak kekalkan perkahwinan tu jauh lg susah sebenarnya.

manehnya Publish time 19-2-2022 07:23 PM

Bistu yg kawen tua ni.. berzina ke

orkid_amani Publish time 19-2-2022 07:58 PM

Aq xfaham Islam ni pasai pa kalau nak kawen awai ja mesti cakap nk elak Zina
Hello..spm pun xlepaih lagi gatai burit nak nikah.
Ni la makpak suruh p sekolah belajaq gatai p bercinta
zmn pandemic ni org struggle nk hidup depa joleh lg menikah. Confirm xpikiaw panjang
Enjoy la dulu zaman muda..at least habiskan diploma..nti hg akn jumpak yg berjenis sikit..terjamin la masa depan..ni spm pun xdan ambik dok gatai menikah. Xfaham makpak zaman skg

miszclassique Publish time 19-2-2022 08:28 PM

Goodluck dik... Jgn nanti tahun depan, dah kena jadi kuli kat rumah mertua... berdrama termakan racun pulak ye

Belibis Publish time 19-2-2022 08:32 PM

Beberapa tahun dulu pun kecoh pasangan kawin muda...akhirnya berpisah jua..

kotakominami Publish time 19-2-2022 08:40 PM

Kesian mak pak.....tak sempat nak makan jasa anak, kena membela cucu pulok..

AcikBuncit Publish time 19-2-2022 09:15 PM

Elak zina jgn kapel, kalo nk kapel sgt jgn g dating berdua. Bwk la adik ke spe kalo dh gtal sgt nk jmp. Makbpk jgn izin ank pmpuan kuar bduaan ngn laki. Plg pntg ko jage jela pepek ko tu jgn dok merengsa sgt.. Byk cara nk elak zina.. Duhh

kivio Publish time 19-2-2022 09:55 PM

mengecam pernikahan remaja berkeanaan sebagai tidak matang


Kahkahkahh

Oi deknon bukan orang sukasuki kecam

Mai hakak gtau sikit
Orang kecam tu bkn pasal jeles

Bkn tak penah orang kawin belasan
Dulu pun viral nama fahmi ke sapa kawin muda tu
Tak lama

Pasal kalau semata2 nak elak zina, bukan itu tujuan rumahtangga
Kau tu belum bersedia nak tanggungjawab besar pun

Kau hengat kawin ni macam pilih langsir nilai tiga ke woi

Lepasni akan nyusahkan makpak je
Dah kawin, ada baby, takde laki, menepek je nyusahkan parent

Daiken Publish time 19-2-2022 10:07 PM

biarlah dia nak kawin...kowang ni yang bermasalah sebenarnya...

kawin mudo salah...kawin lambat salah....dah gatal disuruhnya kawin...bila dah kawin dikatanya gatal sangat nak kawin..

bila ada duit kawin mudo kowang mengata....takder duit nak kawin pon kowang mengata...

kalau semua serba serbi cukup bila dah kawin dapat anak...hantar kat mak...kowang mengata jugak...bila hantar rumah pengasuh kowang mengata tak reti jaga anak...

cakap tahniah dan doakan yang terbaik dah la...

macam hebatttt jer kowang ni ekkkk...macamlaaahhh dapat baca masa depan budak ni macam mana...adoi haiiii...

masa depan sendiri ponnnnnnn tak boleh nak tentukan...ada hati nak tentukan masa depan orang lain...pui!!!!!;P

azimodin Publish time 19-2-2022 10:44 PM

Aku bukan nak judge ye tapi dalam family aku ada 4 janda muda dengan anak + 1 duda ada anak + 1 masih suami isteri, Semua kawen sebelum umur 20 tahun. Kawen dengan alasan x mampu nak tahan nafsu. Yg dah cerai tu semua balik rumah parents & harap mak bapak tanggung. Yg 1 couple still kawen tu pon menyusahkan ahli keluarga yg lain sebab tiap2 bulan x cukup duit, sampaikan duit beranak spital gomen pon mintak orang.

Orang dulu2 kawen muda tapi dugaan nak enjoy tu kurang sebab xde fb, xde tiktok, xde ig. Zaman sekarang budak2 muda kawen 3-4 tahun dah mula rasa terkongkong & x puas enjoy.

Nak kawen ok je tapi sila hadap susah senang sendiri. Jangan drag ahli keluarga yg lain

Suchi Publish time 19-2-2022 10:49 PM

Cam biasa perempuan mesti nampak lebih tua walaupun umur dia setahun lebih muda drpd lelaki tu sbb budak laki lamberrrt lagi matang.
Umur depa 30 baru muka dorang nampak helok dan maskulin.

Suchi Publish time 19-2-2022 10:55 PM

semalam iols jumpa fb sorang photog omputeh ni dia kata dia kawen masa Umur 15 dan isteri dia 14 dan skrg dah 35 tahun kawen.
Kekdahnya dia mengomen kat page pasal isu muda2 dh kawen ni lah.
Dia pun tak nampak tua sgt yela kawen masa muda remaja sgt so skrg baru 50 camtu la umur tp dah ada 13 cucu kalau tak silap.

Kalau dapat bertahan sampai lama gini oklah tp zaman skrg ni sgt mencabar.

chilly Publish time 19-2-2022 11:23 PM

Daftpunk_shine: Sereeeemmmmm aku...dik, api ci ...

Itupon kalau membara 5 tahun.

doubleharmonic Publish time 20-2-2022 01:18 AM

eh hello? ko punya majlis kawin pon pakai duit sapa? makpak gak yang sponsor kan? spender pon entah2 masih makpak jugak yang belikan lagi? ko hengat nak kawin ni boleh main terjah gitu jah macam noreen2 keluar kandang gi terjah masuk main2 dalam lumpur takyah nak pikir apa pikir nak main jah gituhh? ko nak sangat jadi cam noreen main2 dalam lumpur tu ke hah noreen?

annehuda Publish time 20-2-2022 01:47 AM

Ye ke sbb nk elakkan zina? Harap-harap bukan sbb dah terberzina udahle

annehuda Publish time 20-2-2022 01:50 AM

Suchi replied at 19-2-2022 10:55 PM
semalam iols jumpa fb sorang photog omputeh ni dia kata dia kawen masa Umur 15 dan isteri dia 14 dan ...

Kalau kata dia kawen 35thn lps tu tahun 1987 kot.thn tu gaji rm1k pun dh dikira mewah. Ni thn 2022 gaji rm1k tu below gaji minima dah
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: Pengantin Belasan Tahun, Kahwin Nak Elak Zina


ADVERTISEMENT