mattzzx Publish time 19-2-2022 10:58 AM

Ditahan 'zalimi' anak lembu

New Delhi: Polis India menahan empat lelaki atas dakwaan memperkosa seekor anak lembu di Chuhadpur, Rajasthan.

Siasatan dibuat susulan laporan selain video mengenai tindakan luar tabii lelaki itu turut tersebar di media sosial.

Dalam video kelihatan suspek melakukan perbuatan dengan anak lembu itu terbaring di atas jalan manakala seorang suspek menahan anak lembu terbabit memastikan ia tidak bising.

Kelihatan dua orang pada waktu itu, manakala seorang lagi didakwa merakam kejadian.

Semua empat lelaki terbabit ditahan Polis Rajasthan, menurut India Today.

Superintendan Shantanu Kumar Singh dilapor berkata, pihaknya bertindak sejurus menerima laporan.

"Kami memfailkan aduan (daripada seorang pengadu) dan melakukan siasatan, dengan dua suspek segera diberkas, manakala dua lagi menyusul selepas itu," katanya.

Sebelum ini, kawasan berkenaan dilapor berlaku kes penyeludupan lembu yang menyaksikan tiga penyeludup ditahan di Alwar, minggu lalu.

Beberapa hari lalu pula, polis memberkas seorang lelaki yang melarikan diri selama lima bulan selepas didakwa menyembelih lembu.
Pages: [1]
View full version: Ditahan 'zalimi' anak lembu


ADVERTISEMENT