mattzzx Publish time 19-2-2022 10:50 AM

Feri terbakar, 12 hilang

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/feri19hm_1645238195.jpg
KEBAKARAN pada feri Euroferry Olympia. FOTO AFP

Athens: Seramai 12 individu hilang dan dua lagi masih terperangkap selepas feri dengan bendera Itali dinaiki mereka, terbakar di Laut Ionia, kata pegawai Greece.

Kru kecemasan berlumba-lumba untuk memadamkan kebakaran dan mencari mangsa yang terselamat sebelum gelap.

Menurut pegawal pantai Greece, penyelam dibawa masuk untuk operasi pencarian.

Seramai 278 individu diselamatkan dan dibawa ke pulau Corfu berikutan.

Ketika kejadian, feri Euroferry Olympia itu dalam perjalanan dari Greece ke Itali.

Api masih marak pada petang Jumaat beberapa jam selepas ia berlaku di pulau Ereikousa yang terletak antara Greece dan Albania.

Pegawai memaklumkan punca kejadian masih belum diketahui.

Stesen televisyen tempatan, ERT melaporkan, 10 mangsa antara yang diselamatkan dan mereka dibawa ke hospital akibat kesukaran bernafas dan cedera ringan.

Sementara itu, beberapa lagi mangsa masih tidak dapat dikesan pada petang semalam.

"Operasi untuk mengesan 12 penumpang yang hilang sedang dijalankan," kata pengawal pantai Greece dalam satu kenyataan.

Sembilan daripada mangsa yang dilaporkan hilang berasal dari Bulgaria.

Pasukan penyelamat Greece dapat menaiki kapal itu lebih 12 jam selepas kebakaran berlaku.
Pages: [1]
View full version: Feri terbakar, 12 hilang


ADVERTISEMENT