mattzzx Publish time 19-2-2022 10:47 AM

Kapal bawa Porsche, Bentley, terbakar

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HM922fire_1645234223.jpg
KAPAL berkenaan. FOTO Reuters

Lisbon: Kapal membawa kira-kira 4.000 kenderaan termasuk Porsche, Audi dan Bentley, terbakar di kawasan perairan berhampiran Azores di Itali.

Susulan kejadian, kapal berkenaan akan ditunda ke negara Eropah lain atau Bahamas, menurut kapten pelabuhan terdekat kepada Reuters, pada Rabu.

Bateri ion-litium pada kenderaan elektrik di atas kapal Felicity Ace terbakar dan ia memerlukan pakar untuk memadam kebakaran berkenaan, kata Kapten Joao Mendes Cabecas daripada pelabuhan Hortas.

Adalah tidak jelas sama ada kebakaran berpunca daripada bateri berkenaan.

"Kapal itu terbakar dari satu bahagian ke bahagian lain, semuanya terbakar, kira-kira lima meter dari permukaan air," kata Cabecas.

Dalam pada itu, foto dikeluarkan oleh pihak berkuasa maritim Portugal menunjukkan kesan kebakaran pada kapal sepanjang 200 meter (m) itu.

Kapal itu dikatakan dibina pada 2005 dan boleh membawa muatan 17,738 tan.

Bot-bot tunda dalam perjalanan dari Gibraltar dan Belanda, dan tiga daripadanya dijadual tiba pada Rabu, kata Cabecas.

Dia berkata, kapal itu tidak boleh ditunda ke Azores kerana saiznya yang besar, akan menyekat aktiviti perdagangan di pelabuhan berkenaan.

Kapal dendan bendera Panama itu, dimiliki oleh Snowscape Car Carriers SA dan diuruskan oleh Mitsui O.S.K. Lines Ltd.

Ketika kejadian, ia dalam pelayaran dari Emden, Jerman - yang menempatkan kilang Volkswagen - ke Davisville , Amerika Syarikat, menurut laman sesawang Tarfik Maritim.

Semua 22 kru kapal sudah dipindahkan pada Rabu ketika kebakaran itu tercetus dan tiada yang dilaporkan cedera, menurut kenyataan tentera laut Portugal.
Pages: [1]
View full version: Kapal bawa Porsche, Bentley, terbakar


ADVERTISEMENT