Raline Publish time 18-2-2022 10:29 PM

pocong tumpang pemandu lori tular

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/02/pocong-penumpang.jpg
Tangkap layar memaparkan pemandu tersebut menunjukkan 'penumpang' yang tidak diundang di sebelahnya

Kecoh video pocong tumpang pemandu lori tular

IPOH – Tular satu klip video seorang pemandu lori yang mendakwa ditemani penumpang tidak diundang semasa memandu seorang diri di sebuah lebuh raya.

Bagaimanapun, lokasi sebenar dan bila rakaman video itu berlaku tidak disebut melainkan diberitahu dekat Changkat Jering, Taiping.

Dalam video berdurasi 27 saat itu menunjukkan pemandu lori itu yang bercakap dalam loghat utara memberitahu dia ditemani penumpang yang tidak diundang.

Dia yang kelihatan bersahaja sempat memalingkan kamera telefon bimbit pada penumpang tersebut yang berpakaian serba putih seperti pocong.

“Assalamualaikum, pada sapa sapa yang tertinggal sahabat atas highway dekat Changkat Jering, nak halau macam mana.

“Ini dok ada dengan kita ni sahabat depa. Adoi, dah baca macam-macam doa dah baca tapi tak jalan juga.

“Nak sampai Alor Pongsu ni kot dia mau turun, adoi, dok lain kali jangan tinggal merata,” keluh pemandu lori tersebut.

Difahamkan, video berkenaan tular dalam kalangan kumpulan pemandu lori sebelum dikongsi pembaca kepada Kosmo! – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2022/02/18/kecoh-video-pocong-tumpang-pemandu-lori-tular/

Gomea Publish time 19-2-2022 09:10 AM

Abang2 lori ni memang hati kental ye? Kalau kat tiktok tu selalu jugak tengok video abang2 lori ni kena sakat dek hantu

jijilaaa Publish time 19-2-2022 12:10 PM

husband i ada bengkel..banyak kereta2 eksiden masuk situ yang claim insurans tu. ada sebiji keta tu siap ada serpihan otak bersepai dalam tu. ni sisa2 selepas bomba dah kutip la kan. selalu ternampak penampakan akk cantik akt situ. dok bertenggek atas bumbung keta.

black_handbag Publish time 24-2-2022 08:15 AM

ye ke tu hantu real. bersih nau telekung dia. telekung SK ke tu :lol:

salimrock Publish time 24-2-2022 10:30 AM

black_handbag replied at 24-2-2022 08:15 AM
ye ke tu hantu real. bersih nau telekung dia. telekung SK ke tu

itu lah namanya teknology 5g , 20 mega pixels, camera   hantu pn boleh dirakan,:lol:


copy_paste Publish time 24-2-2022 04:00 PM

beraninye dia,kena tumpang bebetul baru tahu

cahaya_almas Publish time 26-2-2022 07:02 AM

Tipu ke betul..takut nk tgk..
Pages: [1]
View full version: pocong tumpang pemandu lori tular


ADVERTISEMENT