Agent13k Publish time 18-2-2022 06:04 PM

Banyak Kerenah, Gelagat Calon Temu Duga Jawatan Pegawai Gred 41

Ramai sedar betapa susahnya untuk mendapat peluang kerja yang benar-benar stabil dan terjamin.

Juga amat sukar untuk mencari mereka yang benar-benar ikhlas niat mahu bekerja semata-mata untuk mencari rezeki yang halal demi menyara keluarga.

Seorang pengguna Facebook, Salman Otaibi baru-baru ini berpeluang untuk mengeNdalikan temu duga bagi mengisi jawatan kosong sebagai pegawai kerajaan Gred 41.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/18/165525db1t5gbcoqtcx432.pngkredit foto: Facebook



Baginya, beliau tidak kisah jika calon tersebut pandai menggunakan Canva, admin, wiring dan lain-lain kerana baginya ia hanya bonus, beliau mahu tengok apa calon temu duga itu boleh bantu untuk jabatan dari segi idea baru.


Tetapi beliau hairan apa nak jadi dengan generasi muda kelahiran 1995 ke atas ini kerana kebanyakan tidak mengambil serius dan berikut adalah pemerhatian dan pengalaman beliau menjadi panel temu duga.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/18/165956t7ubsolo411v4lzy.pngkredit foto: Lingua



Yang pertama, calon tidak mengambil serius minta kerja, menurutnya hari pertama temu duga patut ada 20 calon yang perlu datang untuk temu duga tetapi 11 orang tidak hadir temu duga pada hari itu, hari kedua pula sepatutnya ada 17 calon tetapi 8 calon tidak hadir. Beliau menjelaskan bahawa ramai yang sudah bertahun pohon untuk menjadi penjawat awam tetapi calon sekarang tidak mengambil serius tentang jawatan tersebut.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/18/165807a7zsrqio0vyges7e.jpgkredit foto: Livecareer



Kedua pula, cara pemakaian amat penting, beliau berkata ada calon berpakaian semenggah sahaja walaupun calon itu datang untuk temu duga jawatan Gred 41. Ada yang memakai sarung stokin belang-belang dan memakai kasut bersukan ketika hadiri temu duga tersebut.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/18/170045xhvvvq90jvov89c9.jpgkredit foto: European Curriculum



Yang ketiga, tidak memahami skop perkerjaan dan tidak membuat latar belakang tentang jawatan itu, beliau pernah menanyakan calon tentang tugas mereka jika mereka dipilih berkerja dan kebanyakan memberi jawapan yang tidak baik seperti ada calon tidak pasti yang dia faham dengan skop kerja yang diberikan. Ada juga berkata yang dia berada di temu duga tersebut kerana bapa calon itu suruh calon itu datang ke temu duga tersebut.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/18/170142um59ooa05dcatr8m.pngkredit foto: Vulcan Post



Yang keempat, adab dan peka dengan arahan, ada beberapa temu duga yang datang dengan sambil lewa dan terus duduk tanpa bertanyakan kepada panel temu duga, menurutnya untuk berkerja dalam kerajaan, pekerja perlu patuh dan peka dengan arahan tersebut. Dan yang terakhir adalah calon perlu ada pengetahuan am dalam Malaysia seperti siapa Menteri Besar Pahang dan nama penuh Pemangku Raja Pahang, calon perlu mengambil tahu pengatahuan am di Malaysia.

Beliau juga mengatakan bahawa kerja kerajaan ini bukan setakat tahu bagaimana mahu buat kerja tetapi kena ambil tahu juga mereka berkerja dengan siapa.-CARI

234126 Publish time 18-2-2022 06:53 PM

Betul point dia. Tapi english basic pun hauk. Rules no 1 rules no 2. Dia grade berapa pulak tu? Kohkohkoh

hashashes Publish time 18-2-2022 07:01 PM

Ni peg kerajaan rempit mana yang dok buat karangan berjela meroyan2 Konon kau pangkat besar nak interview orang ni? Dengan Bahasa kau yang Caca merba tu campur2 bm bi ingat dah bagus sangat la tu. Bahasa Lu gua bagai ala2 gengster taik kucing. Owh by the way betul eh rules gomen boss is always right? Kena berkhidmat ikut arahan je. Patut lah sistem gomen ni lembap zaman dinosaur takde pembaharuan langsung. Kau pegi baca post mak itik yang latest yach tengok berapa banyak flaws dalam system korang tu

Ni bangga sangat dengan keje gomen kau tu melempap dalam comfort zone hujung2 tunggu duit pencen tiap2 bulan

airmineral Publish time 18-2-2022 07:41 PM

no 5 tu perlu ke?
rasanya dia xboleh bgtau yg dia jadi panel kan? bukan PnC ke?
mesti dia ni gred 48 ke atas kan?

musangbodoh Publish time 18-2-2022 07:54 PM

dia pon masuk pakai kabel....ehhh sentap plak aku gomen acah2 nie...:curse:

Samerosie Publish time 18-2-2022 08:22 PM

Lu bak jadi pegawai kerajaan: imgae dan manage.

Lu dah jadi pegawai kerajaan:rempit dan boroi.

Adrif Publish time 18-2-2022 10:18 PM

sebab calon yang betul2 layak dan professional, ramai elakkan diri dari apply gomen sekarang ni

lagi sanggup bisnes kecil-kecilan tunggang-terbalik dari keje dengan jenis "Boss always right" attitude.
sorry to say, tapi pekerja gomen sekarang ni, orang kurang respek
dengan skandal rasuahnya, salah guna kuasa, menteri ntah apa-apa, pecah amanah, etc.
at the lowest. no respect at all.
still, aku tak pukul rata semua la. ada orang yang aku kenal betul2 jujur, amanah, integriti buat kerja. ex-boss aku dulu pun, antara orang yang aku respect dalam hidup ni. keje tiptop, punctual dan serius. at the same time, baik dan caring gila. beliau ada double degree dan master, semua first class. itupun nak sambung lagi satu master, yang related dengan jawatan dia pulak.

antara gomen dengan private, sekarang orang lebih ramai kepada private sector
member dapat gomen pun ramai contract, tak dapat full time. so, stabil kat mana tu?
sepupu gomen sorang, tak dapat sambung contract. ni kena cari kerja baru pulak. start from zero balik

this and that.. so, memang yang datang interview pun sejenis, "Entah la, dapat ok, tak dapat pun takpe."
the cream of the crop candidates, pilih kerja lain, atau, pilih nak kerja oversea. gaji besar.

234126 Publish time 18-2-2022 11:22 PM

Dulu-dulu kalau akhir surat kena taip saya yang menurut perintah tu khuen. Sekarang entah la guna ayat apa.

airmineral Publish time 19-2-2022 12:43 AM

234126: Dulu-dulu kalau akhir surat ke ...
sy yg menjalankan amanah kalu xsilap la..

MoneyMatters Publish time 19-2-2022 02:27 AM

Adrif: sebab calon yang betul2 layak...

Setuju dengan you. Masa I mula2 balik Malaysia cari kerja dulu pon I tolak tawaran PTD sbb I x nampak masa depan kerja dekat government sector. Rasa rugi belajar course I kalau sudahnya kena jadi PTD. 10 years down the line, I feel grateful I followed my gut feeling. Walau sesekali rasa penat sgt kerja dgn private company yg memanjang kejar KPI, tapi I rasa I xkan boleh survive dalam environment yg ramai org sekeliling lemau dan tak efficient.

merrissa Publish time 19-2-2022 08:41 AM

Menyampah spesis yg dtg iv sb org suruh. Bg la keje tu kt org yg betul2 nak

merrissa Publish time 19-2-2022 08:44 AM

Dpt lak jenis ofismate yg hy menumpang nama. Kita yg kerja dia pon dpt markah. Lepas tu kerja semua pas2 kat org… semua xnk pegang… rilek sungguh hidup

teen_angelJB Publish time 19-2-2022 12:19 PM

Setuju ...no objections..
PnP newbies harap gred je tinggi..
Sorry to say..but no sorry la..hampehh..
Ko ingt degree ko bole bagi ko xtra money .no way to hoze...
Baru Hari pertama lapor diri. Mereput dalam bilik acah boss..call anak buah masuk bilik brief saya..mmg aku starlight la pegawai camni..
Dasarrrrr

gideoncross Publish time 19-2-2022 12:50 PM

hashashes replied at 18-2-2022 07:01 PM
Ni peg kerajaan rempit mana yang dok buat karangan berjela meroyan2 Konon kau pangkat besar nak inte ...

Yg ni btul, pnggunaan bhasa bliau pun buknnya molek mna pun, more into samseng je.

gideoncross Publish time 19-2-2022 12:51 PM

Adrif replied at 18-2-2022 10:18 PM
sebab calon yang betul2 layak dan professional, ramai elakkan diri dari apply gomen sekarang ni

lag ...

Kat Brunei ni pun rmai yg krja private tpi under contract, klau d sruh brhenti, brhenti lah jwpnya.

gideoncross Publish time 19-2-2022 12:52 PM

musangbodoh replied at 18-2-2022 07:54 PM
dia pon masuk pakai kabel....ehhh sentap plak aku gomen acah2 nie...

Pnggunaan bhasa pun rempit gila.

white_musk Publish time 19-2-2022 02:01 PM

SALMANG ini bekas mat rempit felda mana lah agaknya ;P

Belibis Publish time 19-2-2022 08:37 PM

hashashes replied at 18-2-2022 07:01 PM
Ni peg kerajaan rempit mana yang dok buat karangan berjela meroyan2 Konon kau pangkat besar nak inte ...

Boss always right...akhirnya samapai ajm jumud..org bawah jadi tak berkembang sbb taknak lawan boss.:lol:

dua_chzy Publish time 19-2-2022 09:17 PM

Edited by dua_chzy at 19-2-2022 01:19 PM

Rule ke-4 kau tu cam khinzir masak kicap dek. Mentaliti balachi sangat.

annehuda Publish time 20-2-2022 02:01 AM

Tolak point no 4 tu aku rasa point2 lain tu ada betulnye. Especially point no 3. Ko interview keje kilang nampak sememeh je confirm kene tolak sbb takut penagih dadah je.kecualilah kalau ko keje kilang ah seng
Pages: [1] 2
View full version: Banyak Kerenah, Gelagat Calon Temu Duga Jawatan Pegawai Gred 41


ADVERTISEMENT