Agent13k Publish time 18-2-2022 02:26 PM

WhatsApp Akan Papar Di Status, Tanda-tanda Untuk Pengiklanan Di Whatsapp?

WhatsApp baru-baru ini melancarkan WhatsApp Status mereka tersendiri kepada pengguna aplikasi WhatsApp, sekaligus memperlihatkan ia kepada semua orang untuk memberitahu tentang ciri yang membolehkan orang ramai menyertai panggilan video yang sedang berlangsung dengan mudah.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/18/123022qc77fr01jze5az11.pngkredit foto: Mashable



Petikan dari Amanz, ia turut mengintergrasikan pautan ringkas pada WhatsApp Status berkenaan dan akan membawa pembaca ke halaman web yang diletakkan di dalam status itu.


Buat masa sekarang, ciri integrasi pautan dalam WhatsApp Status masih belum tiba dalam versi umum.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/18/123102wucradmc8mv02cpn.pngkredit foto: Amanz



Difahamkan, ini mungkin satu cubaan WhatsApp dalam melihat bagaimana pengiklanan pada platform mesej itu akan beroperasi memandangkan aplikasi itu tidak menjana wang sepenuhnya melalui platform permesejan mereka, sebaliknya beberapa pendapatan yang dijana adalah menerusi penawaran perusahaan dan API (Application Programming Interface) mereka.

Dengan pelbagai perkara berlaku di dalam dunia Metaverse sejak kebelakangan ini, tidak mustahil kita akan melihat iklan dipaparkan di WhatsApp Status pada masa akan datang. - CARI
Pages: [1]
View full version: WhatsApp Akan Papar Di Status, Tanda-tanda Untuk Pengiklanan Di Whatsapp?


ADVERTISEMENT