Raline Publish time 17-2-2022 06:14 PM

Pesakit kronik terus bela nasib kucing jalanan

Pesakit kronik terus bela nasib kucing jalanan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/slekucnn1_1645086448.jpg
SITI Khatijah melihat haiwan pengliharaannya pada Program Kesedaran Kucing Angkat “ We Love, We Care “ anjuran Kelab Kucing Malaysia (KKM) di Khaty’s Cat House. FOTO Azhar Ramli


Ampang: Biarpun dirinya menghidap penyakit kronik autoimun sistemik lupus eritematosus (SLE) dan leukemia, namun wanita ini masih memikirkan nasib kucing jalanan yang terbiar.

Dengan ditemani suaminya, Siti Khatijah Mohd Hassan, 51, turun ke jalanan menyelamat kucing sakit dan memberi makan haiwan itu setiap malam di sekitar Ampang, Selangor.

Siti Khatijah berkata, tugas itu dilakukannya sejak lapan tahun lalu berikutan tidak sampai hati melihat kucing jalanan kebuluran dan kesakitan.

"Sudah naluri saya sayangkan kucing sejak kecil lagi... nampak kucing sakit pun saya tak sanggup.

"Sudah pasti saya akan bawa balik rawat sebab saya fikir kucing itu tak ada suara jadi kitalah kena rawat haiwan itu.

"Biasanya setiap malam saya dan suami akan turun memberi makan dan menyelamatkan kucing sakit di sekitar Taman Dagang dan kawasan sekitar," katanya ketika ditemui pada program kesedaran kucing angkat 'We Love, We Care' anjuran Kelab Kucing Malaysia (KKM) di Khaty's Cat House di sini, hari ini. Turut hadir, Presiden KKM, Khalid Rashid.

Katanya, kucing menjadi terapi dan kekuatannya dalam meneruskan kehidupannya sebagai pesakit kronik.

"Sebagai penghidap leukemia dan SLE sebenarnya memang tak kuat lagi-lagi apabila terkena cahaya matahari tetapi kucing inilah terapi saya.

"Dulu semasa saya buat rawatan kemoterapi yang ada setia dengan saya ialah kucing selain suami dan anak-anak," katanya.

Menurutnya, kucing yang diselamatkan akan ditempatkan di Khaty's Cat House miliknya untuk diberikan rawatan lanjut termasuk vaksin sebelum diserahkan kepada keluarga angkat yang sudi membela haiwan itu.

"Sehingga kini kucing di sini mencecah 53 ekor. Kami mengeluarkan belanja sendiri antara RM2,000 ke RM3,000 sebulan untuk membiayai kos rawatan, pasir, makanan dan vaksin kucing selain bantuan daripada rakan penaja dan KKM.

"Untuk menampung perbelanjaan bulanan itu, kami mengasuh kanak-kanak, mengambil tempahan makanan dan mengusahakan pes masakan dengan bantuan anak," katanya.

Katanya, mereka akan terus menyelamat kucing jalanan sambil memberi pendidikan kepada masyarakat supaya memandulkan kucing bagi mengelak haiwan itu membiak terlalu banyak.

"Kami tak akan berhenti menyelamatkan kucing jalanan, jika tidak semakin banyak akan dibuang dan didera.

"Pada masa sama, kita beri kesedaran kepada masyarakat jika mahu membela kucing ini, perlu mandulkan supaya ia tidak membiak di luar kawalan kerana kucing boleh membiak tiga kali setahun," katanya.

Sementara itu, kira-kira 30 kucing menerima suntikan vaksin percuma menerusi program tanggungjawab sosial korporat KKM dengan kerjasama sebuah klinik swasta dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/02/811299/pesakit-kronik-terus-bela-nasib-kucing-jalanan

missbigrockstar Publish time 25-2-2022 10:49 AM

Sebenarnya bermain dgn haiwan peliharaan ialah terapi. Rasa sakit, stress hilang sekejap bila tgk kerenah haiwan2 ni.
Pages: [1]
View full version: Pesakit kronik terus bela nasib kucing jalanan


ADVERTISEMENT