Agent13k Publish time 17-2-2022 06:10 PM

Netizen Sakit Hati Cara Peminta Sedekah Tak Berganjak Sehingga Dapat Wang

Ada satu video tular di video sosial TikTok yang menunjukkan seorang peminta sedekah yang tidak mahu berganjak sehingga dapat duit daripada pelanggan yang sedang makan, dalam video tersebut pegemis itu dilihat menepuk bahu pelanggan sehinggakan pelanggan itu berasa tidak selesa.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/17/163213h434fhh544x6z3ix.pngkredit foto: TikTok



Petikan dari Beautifulnara, pelanggan itu terpaksa keluar kedai makan itu apabila mereka kerap diganggu oleh peminta sedekah berkenaan.

Kejadian itu dirakam pelanggan lain yang berada di kedai makan terbabit dan mendapat perhatian pengguna TikTok.

7065268885880114459

Ramai yang bersetuju dengan kata-kata perakam video tersebut bahawa mereka tidak perlu beri duit kepada orang yang sihat tubuh badan kerana takut mereka akan terbiasa memperoleh sesuatu tanpa usaha dan berharap pihak kedai makan cuba mengelak perkara ini dari berulang.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/17/163237jqh16avachahuvdq.pngkredit foto: Tiktok



Difahamkan, kejadian ini berlaku di Rantauprapat Sumatra Utara di Indonesia. - CARI

zarulnazmi Publish time 17-2-2022 11:08 PM

Saya pernah baca dalam komik hongkong. Ajaran Kumpulan Pengemis, tuan rumah akan menjadi lebih pemurah selepas perut mereka kenyang.


Teringat masa study dekat kolej dulu. Tengah tunggu bas dekat terminal sambil pegang air tin dan tengok handphone. Ada sorang aunty tepuk bahu aku lepas tu tunjuk air tin yang aku pegang. Aku cakap belum buka lagi. Dia suruh aku minum dekat situ juga. Punya lah malu orang tengok. Dia tunggu aku buka tin minum siap suruh aku cepat sikit. Dalam karung dia banyak tin kosong.

pxlbb Publish time 18-2-2022 10:03 AM

Ada this little girl nudging mintak duit sbb nak makan, aku kebetulan ada beli KFC so aku bagi je ayam tu. Dia tak ambil pun ayam tu sbb dia nak cash. Sorry dik hakak tak nak jadi enabler sindiket pemintak sedekah.

kechikchomel Publish time 18-2-2022 10:18 AM

duluuu masa 1st time iolss jejakkan kaki kat sabah, kotrg g makan kat food court ni. lupa lak apa nama tempat tu. tapi tepi pantai la. makan sekali dgn kawan ayah iolss yg dah lama kerja kat situ.
pastu dtg sorg budak pompuan ni. berdiri je tepi meja ktorg ni. kalau tgk memang kesian la kan. kawan ayah iolss tu cakap. buat tak tau je, dia nak duit tu. jangan bagi. nanti dia pggl geng. lama jugak la budak tu terpacak kat situ. ktorg blah baru dia blah. tapi cek jugak purse, barang ktorg sume. seb baik ada.
:sweat3:

DayangKirana Publish time 18-2-2022 10:45 AM

dh sampai tahap macam forcing ppl plak..
tokey kedai plak tengok je ke? tu yang diorang naik lemak..
iols kalau kedai tu selalu kena kacau ngan peminta sedekah ni, memang i avoid la..

Artemesiaa Publish time 18-2-2022 01:54 PM

Tuan punya kedai pun elok main peranan sama, kalau nampak golongan mereka ni memasuki premis eloklah segera bertindak demi keselesaan pelanggan yang datang.

jazaa100 Publish time 18-2-2022 03:55 PM

Muka hensem...pakaian kemas, tapi pakai selipar jamban....terus tak terkata apa.....

Bebudak skrg suka beno pakai selipar jamban....ank aku pun sama....kitorang dulu, selipar jamban tu pakai kat kaw rumah je....mgkin sbb didikan kat asrama diharamkn pakai selipar jamban selain dari dlm dorm

MissVixen Publish time 21-2-2022 08:51 PM

Piminta sedekah ni indon pun ada. Aku takat geleng kepala, takde marah pun dia tumpahkan air dan mencarut bila aku tak bagi cash. Memang syaiton sungguh.
Pages: [1]
View full version: Netizen Sakit Hati Cara Peminta Sedekah Tak Berganjak Sehingga Dapat Wang


ADVERTISEMENT