Vellfire Publish time 17-2-2022 05:44 PM

Cuba buka pintu kecemasan, pramugari ketuk kepala penumpang dengan cerek

https://sarawakvoice.com/wp-content/uploads/2022/02/WhatsApp-Image-2022-02-17-at-11.02.49.jpeg

LOS ANGELES: Seorang penumpang dilaporkan cuba membuka pintu kecemasan dan pintu dek penerbangan pesawat American Airlines 1775 ketika di udara, lapor Reddit.
Mujurlah tindakannya sempat dihentikan oleh penumpang dan anak kapal tersebut.
Seorang pramugari mengetuk kepalanya dengan cerek, manakala penumpang lain menahannya dengan erat.
Ekoran insiden itu pesawat tersebut terpaksa dilencong ke Kansas.
Selepas kejadian itu para juruterbang terpaksa menurunkan pesawat itu dengan pantas, menyebabkan penumpang menjadi cemas.
Segelintir penumpang pesawat tersebut dilaporkan tidak menyedari cubaan membuka pintu kecemasan tersebut dan hanya diberitahu tentangnya selepas merasakan pesawat tersebut turun dengan laju.
Suspek diturunkan ke Kansas dan kedatangannya ditunggu oleh pihak berkuasa.

sarawakvoice.com/2022/02/17
Pages: [1]
View full version: Cuba buka pintu kecemasan, pramugari ketuk kepala penumpang dengan cerek


ADVERTISEMENT