Agent13k Publish time 17-2-2022 03:18 PM

"Dia Bodoh Sikit,"-Lagi Kes Biadab Dan Diskriminasi Terhadap OKU

Belum lagi reda kisah diskriminasi terhadap golongan OKU yang mahu memohon kerja di sebuah cawangan kedai kopi baru-baru ini, sekarang ini ada satu lagi kisah lain yang keluar.

Ia berlaku di sebuah restoran makanan segera popular yang terletak di Forest Heights, Senawang, Negeri Sembilan.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/17/142740o9sgkksoebzb3341.pngkredit foto: Chron



Difahamkan kes ini berpunca dari salah faham tentang jadual kerja, seorang pengurus restoran yang tidak sensitif tergamak memanggil pekerja OKUnya "bodoh".


Diceritakan oleh Muhammad Hanis di laman media sosial Facebook, kejadian itu melibatkan adiknya yang mempunyai ada masalah disleksia.

https://www.facebook.com/muhammadhanis.hanis/posts/5171809752853375

Disleksia merupakan sejenis masalah pembelajaran khusus yang melibatkan perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi, disleksia mungkin mengalami kesukaran untuk membaca dan menulis serta lebih cenderung untuk melihat huruf, perkataan dan nombor secara terbalik.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/17/143237fvs0zns9qz2802a2.pngkredit foto: Facebook




Tetapi pengurus restoran itu seolah-olah tidak ada langsung langkah susulan profesional dan sewajarnya diambil oleh pihak pengurusan restoran, keadaan jadi bertambah hangat apabila kejadian melontarkan kata-kata keji serta provokasi berterusan di dalam bentuk mesej aplikasi WhatsApp.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/17/143040tdmdmrnv0npf0ndn.pngkredit foto: Facebook



Dia yang sangat marah dengan kejadian berbaur kebencian, diskriminasi dan penindasan terhadap golongan OKU lebih-lebih lagi melibatkan adiknya. Hanis berharap agar pengurus restoran tersebut dapat disiasat bagi mengelakkan perkara ini berlaku berulang lagi kepada OKU yang lain.-CARI

kakigebang Publish time 17-2-2022 05:15 PM

aku baca pun panas, mulut tgh dok maki tan sri tu sambil menaip...elok jumpa tansri bagi secedok je

esbok Publish time 17-2-2022 05:31 PM

Kenapa OKU letak nombor? kenapa tak semua orang pakai nombor? kalau orang kelainan upaya dianggap boleh baca nombor, kenapa yang bijak bukan oku semua ni tak guna nombor staff dalam listing? ai don understand manager. pencerahan

Mary_jane Publish time 17-2-2022 06:14 PM

Apa tindakan susulan McD lepas kejadian ni tular? Hire oku lepas tu discriminate orang. Tak payah ambil at the first place lepas tu jadi macam Zus Coffee plak. Rasakan.

Mini.Me Publish time 17-2-2022 08:46 PM

Pandai plak ckp tak sesuai gaduh situ...masa ko kecam perli staf tu takde plak nak personal pm

Zazama Publish time 17-2-2022 09:45 PM

Cakap jgn sembarangan Tuan Pengurus! Nak membodohkan org pulak!!

teacher Publish time 18-2-2022 01:25 AM

Disriminasi yang terang lagi nyata.

Tapi ai tak setuju sangat lah he guna bahasa kesat camtu kat whatsapp group. Stoop so low.

Tembikaigoreng Publish time 18-2-2022 08:42 AM

Sepatutnya majikan kena tahu proses nak handel pekerja OKU, kalau aku pun give up dan angkat tangan!! Tapi xdelah menghalalkan dia untuk cakap bodoh pada pekerja tu

doubleharmonic Publish time 20-2-2022 01:43 AM

esbok replied at 17-2-2022 09:31 AM
Kenapa OKU letak nombor? kenapa tak semua orang pakai nombor? kalau orang kelainan upaya dianggap bo ...

ariel budett not a number but a human being tersenyum sinis

nAI8qkUgqU4

gideoncross Publish time 21-2-2022 01:45 AM

doubleharmonic replied at 20-2-2022 01:43 AM
ariel budett not a number but a human being tersenyum sinis

Dh lma video ni:lol::lol::lol::lol:.
Pages: [1]
View full version: "Dia Bodoh Sikit,"-Lagi Kes Biadab Dan Diskriminasi Terhadap OKU


ADVERTISEMENT