Agent13k Publish time 17-2-2022 03:15 PM

Ramai Berang Tengok Video Cikgu Interview Murid Susah

Seorang guru telah memuat naik video di media sosial Facebook yang menunjukkan salah seorang muridnya di tepi padang sekolah.

Dalam video tersebut, guru itu bertanya soalan kepada murid berkenaan kerana selalu tidak memakai baju sukan pada waktu subjek PJK.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/17/121911gmsllzz94qw64cpg.pngkredit foto: BeautifulNara



Guru wanita itu didengari bertanya tentang pekerjaan ibu bapa sebelum memberitahu dia akan membelikan pakaian sukan buat murid itu

https://twitter.com/karmenlunarx/status/1493363886539476992?s=20&t=BY-trgRlRAVMm8IkX0CRDg

Tetapi di media sosial Twitter cerita lain pula, seorang netizen mempersoalkan tentang etika guru terbabit kerana tidak menjaga privasi pelajar berkenaan.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/17/122100s2gpwpcpm52b72wo.pngkredit foto: Facebook



Ramai netizen lain turut berkata yang mereka tidak bersetuju dengan guru berkenaan yang didakwa tidak profesional serta membuat konten dan menyebarkan muka pelajarnya.

https://twitter.com/kathleenwhonow/status/1493463697746182147?s=20&t=BY-trgRlRAVMm8IkX0CRDg

Tetapi ada segelintir netizen berkata ianya bukan hal besar dan video itu perlu diterima secara positif kerana murid itu akan mendapat baju sukan baru.


Apa pendapat anda? -CARI

jazaa100 Publish time 17-2-2022 03:30 PM

Betul.....

Aku geli cikgu yg hadap like ni.....
Ada satu kes lg aku tertgok, pi belikan brgĀ² makanan, pastu tanya, milo mana ..milo....sambil rakam....

Kau nk derma, bg je lah ....yg tgn sebelah lg merakam tu pehal.....

piep Publish time 17-2-2022 03:39 PM

jazaa100 replied at 17-2-2022 03:30 PM
Betul.....

Aku geli cikgu yg hadap like ni.....


yg cpg tu ke? x kesah la cikgu nk merderma cuma kdg2 rakam muka pun tak tutup, ambil sumbangan guna acc peribadi pulak, mmg la amanah tpi takut la salah digunakan ke.. kalau ada tabung khas x pe

makadek Publish time 17-2-2022 03:59 PM

Mmg ade akta gambar kanak2 takleh publish
Kalau aku jd mak budak ni aku marah

makadek Publish time 17-2-2022 03:59 PM

piep replied at 17-2-2022 03:39 PM
yg cpg tu ke? x kesah la cikgu nk merderma cuma kdg2 rakam muka pun tak tutup, ambil sumbangan gun ...

Dia da sentappp tamo mintak sedekah dah
Cikgu prodak apo eh bkn prodak sampah kew

midori_katana Publish time 17-2-2022 04:00 PM

iols rengsa la bila tgk cikgu ni sebenarnya founder kosmetik juga. hopefully bukan sengaja cari pasal lah sbb nak viral dan bagi produk naik macam founder2 lain tu. viral sbb berkelakuan buruk pun viral jugak kan; promosi gitu. erkkk!! dah cikgu tu jadilah cikgu dlm ertikata sebenarnya...

bondeh Publish time 17-2-2022 04:15 PM

KPM takde amek apa2 tindakan ke pada cikgu2 sangkak gila content tahap she-bye nih. Nak nampak membantu, tapi gila glemer hadap like sangkakkkkkkk...

AcikBuncit Publish time 17-2-2022 04:23 PM

Mmg bangang ckg2 jebis suka rakam nii.. Kalau ye pn nk bgtau cter ada bdk sush, ko buat jela status taip ayat. Xperlu nk bg gambar atau video. Kalau nk sgt buat vud or gambar, tnjuk tang kaki je ke apa dh ckup. Xperlu muka la hanattt.. Malu bdk tu n family dia jgk. Dh jd ckg pn bangang

piep Publish time 17-2-2022 04:23 PM

makadek replied at 17-2-2022 03:59 PM
Dia da sentappp tamo mintak sedekah dah
Cikgu prodak apo eh bkn prodak sampah kew

cpg tu yg awal2 buat ank tudung ke? femes sbb mua bella selalu pkai ank tuudng dia.. x taw pulak dia cikgu, boleh ke rekod2 masuk kat tiktok bagai.. malu la parents murid tu, dorg pun ada harga diri, ssah mcm mana x mo merempan..

annehuda Publish time 17-2-2022 04:39 PM

piep replied at 17-2-2022 04:23 PM
cpg tu yg awal2 buat ank tudung ke? femes sbb mua bella selalu pkai ank tuudng dia.. x taw pulak d ...

cpg ni pun dulu penah famous sebab show off kemewahan, skali tu lhdn carik. pastu tak tau la die ngaku ke nipu ke, dia ckp company tu semua laki die uruskan, die gaji pun tak dpt. pastu bangga bayar zakat rm10k.

Suchi Publish time 17-2-2022 05:09 PM

midori_katana: iols rengsa la bila tgk cikgu...

Cikgu ni sblm ni cuti 6 tahun tanpa gaji. Baru je masuk balik ngajar ujung bulan 12 aritu.
Iols mmg ada follow dia kat ig taktau cemana bleh follow dia huhu tp yang nyata dah lama dah rupanya iols follow dia.

Iols pun tak selesa tgk dia rakam2 video bebudak ni terutama yg susah ni. Patut tutup la muka, iols masa sek rendah penerima RMT tahu tak malu sgt tiap kali rehat nk pi makan tu sbbnya dia susun kat meja khas tuk budak RMT mmg jd malu la kan lain la bg kupon ke apa ok gak bila pi kantin tunjuk je kupon tu.
So nk cakap semua budak2 ada maruah dan rasa malu tak kira la dia kaya ke meskin ke.
Tak perlu laa jadikan kesusahan org sbg content korang yaa.

azimodin Publish time 17-2-2022 05:15 PM

Nak bantu bokeh je, cuma blur kan identiti murid2 tu. Kesian dorang, takut kena bahan dengan kawan2 yang lain. Aku masa kat sekolah dulu selalu kena ejek sebab family miskin, nak buku rujukan pon terpaksa mintak sample yg kedai buku hantar kat cikgu.

kakigebang Publish time 17-2-2022 05:16 PM

setuju dgn komen atas srkali

krustykrab Publish time 17-2-2022 05:19 PM

Cikgu gila glemer

SayaSayangMama Publish time 17-2-2022 05:26 PM

Kisah tular kelmarin tentang bagaimana seorang guru telah menyebarkan video salah seorang dari pelajarnya atas tujuan yang baik, untuk membantu meringankan beban pelajar.

Saya menonton video tersebut dengan airmata.Saya selalu sensitif dengan apa sahaja hal berkait dengan kemiskinan, kepayahan dan kesusahan kerana saya pernah berada di tempat itu.

Saya nampak kebaikan dan usaha guru tersebut dalam video yang disebarkan.Saya turut membayangkan andai murid itu adalah anak saya sendiri.Aduh, pastilah dia sangat ingin bersukan seperti rakan-rakan yang lain juga.Pasti mahukan sehelai baju sukan macam orang lain.

Saya teringat sewaktu di tingkatan satu saya ternanti-nanti kepulangan ayah hanya untuk meminta dibelikan sepasang kasut Bata yang ketika itu berharga sekitar belasan ringgit sahaja sepasang.Rasa berat sungguh nak minta kerana jumlah itu adalah besar ketika itu.

Barangkali anak ini tahu ibunya bukan orang senang.Hendak meminta dari ibu, dia tidak sanggup.Ketika wajahnya dirakamkan, dia kelihatan malu-malu.Anak ini bukan anak kecil lagi.Mungkin kerana terlalu inginkan sehelai baju sukan, dia redha sahaja wajahnya dirakamkan.

Murid ini tidak sedar betapa walaupun dia adalah anak yang kurang berkemampuan namun dia mempunyai hak privasi yang sama seperti orang lain.Yang boleh memilih untuk berkata ya atau tidak agar wajahnya tidak dirakamkan.Benarlah guru itu sudah minta izin, tetapi ingat tak waktu kita seusia budak itu, mampu dan beranikah kita berkata tidak kepada guru?Saya faham benar perasaan menjadi orang susah.Suara kita seolah tidak ada kuasa.Hendak bersuara pun kita tidak berani.Begitulah.

Untuk keselamatan, biasanya ibubapa kurang gemar menonjolkan tempat anak bersekolah.Lencana sekolah akan dipadamkan dari gambar.Apa lagi untuk menayangkan video di media sosial.Terlalu banyak kes jenayah melibatkan anak-anak sekolah.Kita tidak mahu ambil risiko ini.

Jika saya sendiri miskin, saya malu kalau wajah saya disebarkan demi untuk simpati dan meraih derma serta perhatian.   Entahlah, sukar untuk jelaskan dengan kata-kata.Kadang kita perlu letakkan diri kita sendiri di tempat orang lain agar kita jadi lebih mengerti.

Mempunyai sikap empati itu perlu menyeluruh.Bukan sekadar memberi bantuan tetapi tidak mengambil kira hak, rasa malu, menjaga aib serta kepentingan orang yang hendak dibantu, sensitiviti, keselamatan, air muka keluarga dan juga ketulusan hati dalam memberi itu sendiri.

Satu perkara yang perlu difahami.Bersedekah itu adalah sifat yang sangat terpuji.Namun sedekah yang terbaik adalah sedekah yang tidak diketahui oleh tangan kiri mu sendiri.

Dzuriasikim Dzulkefli

SayaSayangMama Publish time 17-2-2022 05:28 PM

Kisah Cikgu Cik Puan Gojes ni saya dah rasa dulu. Walaupun tak viral seantero Malaya, tapi kalau hati tak kuat, memang akan berhenti dari dunia kebajikan. Penat menghadap orang berniat jahat dan memandang serong atas apa yang kita lakukan.

Cuma ada beberapa perkara yang Cikgu CPG boleh buat untuk kekal bersemangat dalam dunia kebajikan para pelajar:

1. Follow the procedures. Penjawat awam terikat dengan banyaknya pekeliling yang boleh sebabkan kita kena tindakan tatatertib. Elakkan letak nombor akaun secara umum dan terang-terangan.

2. Sentiasa simpan data penerima dan bukti penyerahan sumbangan.

3. Elakkan kongsi muka anak murid kita. Saya dulu pun tak tau. Sekali nak jadi cerita, kisah Farhan (tahun 2017) jadi viral, habis berkait mak angkat tiri bagai. Nasib saya baik, mak angkat tiri tu kena hentam dengan orang ramai.Malas nak cerita, meluat kalau ingat. Hehehe.

4. Pendekatan saya kini, kurang bercerita di media sosial tapi kerja sentiasa jalan. Belakang tabir itu lebih baik untuk saya kini. Sesekali bila melibatkan pihak lain, saya kongsikan di FB untuk pengetahuan umum.

5. Orang busuk perut ada di mana-mana. Ada orang suka kat kita, dan ada yang tak suka kat kita.

6. Tapi paling penting, kita jaga diri kita dan keluarga kita dulu. Jadi apa-apa kat kita, kita juga yang hadap seorang diri. Orang lain boleh bersimpati dan menyokong kita saja.

7. Kuatkan hati, teruslah berbuat baik dan memilih untuk jadi orang baik. Dapatkan kebenaran dan sokongan suami bagi guru wanita sudah berkahwin. Dapatkan restu dan sokongan ibubapa. Dapatkan persetujuan pengetua/guru besar tempat kita bekerja.

.

Jika kita rasa sedih atau terganggu kerana ada orang yang tidak suka kepada kita atau memburukkan kita, ingatlah bahawasanya Nabi Muhammad SAW yang maksum dan dicintai Tuhan juga mempunyai musuh.

Di dunia ini, bukan semua orang sukakan kita dan tak semua orang tak sukakan kita. As long as we try our best to be a good person, don't think too much about that. Keep doing good and stay true to your goodself.

Kalau tak disukai makhluk di bumi pun, at least disayangi makhluk di langit (syurga).

#CikguShah
#cikpuangojes

SayaSayangMama Publish time 17-2-2022 05:31 PM

Kecoh sejak semalam isu video murid miskin dan bantuan dari guru yang dikenali sebagai Cik Puan Gojes (CPG) ni.

Ramai pm, wasap, tag aku tentang isu ni. Okey, aku tulis la sikit berkenaan isu ni. Okey tipu. Aku nak tulis panjang. Yang rajin membaca, silakan.

1. CPG ni aku mula perasan sejak Januari tahun ni. Masa tu ada kisah murid yang dia bantu, orang tag aku. Aku pun pergi la baca kisah dan perkongsian dia. Aku scroll sedikit sebanyak page, terus terdetik dalam hati,

'Bagusnya cikgu ni. Cuma ada beberapa perkara yang perlu dibimbing untuk elak apa yang dia buat makan diri'.

2. Aku terus pm pada malam tu juga. 11:05 pm,28 Januari 2022. Aku mesej ayat pendahulaan seperti korang boleh baca ni, kemudian auto reply yang reply. Aku dah agak, page biasa la ada auto reply.

3. Aku teruskan saja berpesan pada beliau tentang isu minta sumbangan secara terbuka. Isu ni bahaya pada penjawat awam. Aku pesan sebab pada 2015 aku dah kena amaran. Masa tu followers aku 200 orang je pun, sumbangan pun sekitar rm2500 sahaja. Pun jabatan call minta pulangkan semua duit sumbangan atau dikenakan tindakan tatatertib.

4. Mujur masa tu tak ramai mana pun yang kirim sumbangan. Maka settlelah hal itu. Selepas itu aku tak kutip dah sumbangan kat media sosial. Memang ada akta penjawat awam tidak boleh kutip derma.

5. Masa aku pm CPG, aku concern bab ni sahaja. Sebab perkongsian beliau pada awal tahun tak ada la isu ambil video sampai masuk rumah sasaran dan boleh memalukan pula. So, aku tekankan point itu sahaja dan bagitahu aku memang sokong rapat usaha dia.

6. Sehari demi sehari, post aku belum dibaca. Sibuk agaknya. Dan post beliau kat page masih lagi paparkan nombor akaun peribadi beliau secara terbuka. Selepas 3 hari baru aku perasan mesej telah dibaca oleh CPG or admin beliau. Legaaaa.

7. Namun selepas tu, masih ada post mohon sumbangan secara terbuka dengan paparkan acc peribadi. Aku macam, 'Eh, admin tak bagitahu ke kat CPG mesej aku?'. Tapi tak apa lah, tugas aku mengingatkan dah selesai. Semoga beliau tak kena macam aku kena lah.

8. Hari ni tiba-tiba kecoh balik isu CPG share video yang dikatakan mengaibkan muridnya. Aku petang ni baru pergi cari video tu lepas ramai yang dok minta aku ulas. Baik, tentang video tu, ni ulasan aku :

a) Cara setiap orang tak sama. Syed Azmi dengan cara dia, Ebit Lew dengan cara dia, Nadir dengan cara dia, kami dengan cara kami, CPG dengan cara dia. Kena raikan perbezaan cara masing-masing, selagi tak mudarat, teruskan saja.

b) Cuma kalau tanya aku, memang aku kurang setujulah share wajah murid, share lokasi rumah, share maklumat keluarga, isi dalam rumah yang boleh membuat orang kata macam-macam ni.

c) Hal gitu boleh memberi aib pada penerima sumbangan walau dah minta persetujuan. Kadang mulut mereka kata okey, dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Bila adik-beradik mereka lihat pula, sanak saudara tengok, kawan-kawan tengok, apa pandangan orang terdekat mereka pula?

d) Namun jika nak teruskan cara begitu, silakan. Tidak pula aku ada kuasa nak larang. Namun jika tanya pendapat aku, baik tak payah. Tulis cerita biasa macam biasa sahaja, atau share video dengan kaburkan muka dan guna nama samaran. Begitu lebih elok rasanya.

Okeh, tu penjelasan aku tentang apa yang berlaku. Dah macam-macam orang buat persepsi bila tak jelaskan dengan lengkap ni.

Dan mesej khusus CPG,

1. Usaha cikgu sangat murni dan bagus. Tahniah! Namun ada beberapa perkara perlu diperhalusi.

2. Pertama bab sumbangan masuk acc peribadi. Ia boleh jadi isu serius dan buat CPG bermasalah besar sebenarnya. Buat NGO yang sah dah berdaftar. Settle semua isu. Nak saya bantu, bagitahu saja. Boleh je saya kongsi caranya.

3. CPG kena ingat, influencer ni datangnya berpakej. Ratus ribu followers yang datang tu sebahagian mereka adalah haters. Haters hanya tunggu masa nak serang sahaja. Tunggu masa kita buat salah sahaja. Kena hati-hati.

4. CPG jangan berkecil hati, jangan kecewa, jangan merajuk dengan ujian seperti ini. Ada teguran yang membina, lapangkan dada dan terima. Ubah mana yang perlu diubah, kemudian bangkit dengan lebih kuat lagi.

5. Jika nak minta apa jua pandangan, nasihat dan tunjuk ajar saya dalam NGO, saya sentiasa alu-alukan. Datang KL, set masa yang sesuai kita jumpa dan saya akan share semua yang saya tahu agar bantuan dar CPG lebih kemas, tersusun, dapat memberi impak yang lebih besar dan dapat elakkan pelbagai tohmahan atau benda yang boleh merisikokan kerjaya CPG itu sendiri.

6. Dalam kerja kebajikan ni, tiada siapa berlumba-lumba nak saingi sesiapa. Kita sesama kita pakat bantu sesama. Berkongsi semua ilmu yang ada, saling support satu sesama. Dana Kita memang menjalinkan hubungan rapat dengan berpuluh NGO lain diluar sana serta orang persendirian. Kami sentiasa menadah tangan untuk membantu jika diperlukan.

7. Netizen dan masyarakat pula, tak perlu sampai mengecam berlebihan. Jika tegur, tegur dengan berhemah. Bukan tegur untuk menjatuhkan. Kita menegur agar mereka jadi lebih baik, lebih terususun, lebih memberi impak dan jauh dari segala risiko. Bukan tegur nak bagi orang down, malu dan putus asa.

8. CPG ada audience tersendiri, ada pengaruh tersendiri, ada peminat tersendiri, ada penyokong tersendiri. Sayang jika CPG berhenti dan berputus asa. Teruskan sahaja usaha murni ini. Mungkin suatu masa, kita boleh buat projek ama dengan jv bersama yang boleh memberi impak yang lebih besar lagi.

9. Tujuan dan niat kita semua adalah baik. Nak bantu orang susah. Namun niat tidak menghalalkan cara. Dalam Islam diajar begitu, dalam adab susila pun ditekan juga. Semua tujuan dan niat yang baik, kita sempurnakan dengan cara yang betul. InsyaAllah lebih banyak sokongan manusia, lebih besar redha Allah taala.

10. Semua orang melakukan kesalahan. Kerana kita semua manusia yang tidak sempurna. Belajar dari salah dan silap, dan teruskan mengejar impian utama kita, yakni syurga.

Okey, itu sahaja dari saya. Apa yang saya tulis mungkin betul mungkin tidak. Tak semestinya cara saya adalah paling baik dan paling betul. Namun cuba fikir-fikirkan. Yang mana baik, ambillah. Yang buruk buang jauh-jauh.

Terus kuat dan bersemangat CPG! ????

#MFS

eyansss Publish time 17-2-2022 06:05 PM

bondeh replied at 17-2-2022 04:15 PM
KPM takde amek apa2 tindakan ke pada cikgu2 sangkak gila content tahap she-bye nih. Nak nampak memba ...

tu la...macam takde sedangkan KPM sendiri dah keluar pekeliling cikgu cikgi takleh rekod n viral tentang anak murid...tapi aku tengok makin berlambak2 pulak...

spankee_fili Publish time 17-2-2022 09:55 PM

Iols ada tengok sorang cikgu ni rakam budak2 hantar homework kat meja dia, pastu sorang budak nama Shakila pakai selipar
Dia tanya, Shakilaaa kasut pi manaaa
Hilang cikgu
Hilang kat mana Shakilaaa
Senyum2 je budak pompuan tu
Pastu cakap duit takde nak beli baru kot
Cikgu tu balas, Shakila pi kat meja teacher tau kan kat mana, bawah tu ada kasut sekolah ambik bawak mai
Budak tu ambik bawak mai, try pakai, padan
Alhamdulillah, cikgu banyak hari dok cari nak bagi kat sapa kasut ni. Anak cikgu beli tak padan, tak pakai pun lagi
Dua tiga orang dah try, nak jadi rezeki Shakilaaaa
Lepas ni jangan bagi hilang, satgi cikgu pun takdak duit nak ganti :)

jas7512 Publish time 18-2-2022 12:54 AM

I sebnrnya against the idea cikgu blh berbisnes sbb sedikit sebyk mesti menjejaskan tugas hakiki...kku nak kaya jgn jd cikgu..niaga btl2...tapu tulah dunia skrg mmgbyk pki duit
Pages: [1] 2 3
View full version: Ramai Berang Tengok Video Cikgu Interview Murid Susah


ADVERTISEMENT