CARI-MAL Publish time 16-2-2022 06:21 PM

Dr Sheikh Muszaphar Tersentap Tengok Soalan SPM

Sejak beberapa hari lalu, tular mengenai soalan ujian lisan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 bagi subjek Bahasa Melayu bertajuk ‘Apa perkahwinan anda?' yang mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/16/181953m0o4xh0oxbtfx0va.jpgKredit foto: Sheikh Muszaphar




Menerusi Instagramnya, beliau menganggap tajuk sebegitu tidak relevan diberikan kepada pelajar berusia 17 tahun.


Angkasawan negara ini berpendapat, ada banyak topik lain yang boleh dibincangkan untuk menilai kecerdasan minda pelajar berusia 17 tahun seperti topik pandemik COVID-19, keberkesanan PDPR dan pelbagai lagi topik yang menjurus kepada topik semasa.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/16/181955j1vnvdcc16kckzng.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/16/181955mc544wnrp1fjtg5w.jpg




Bagaimanapun, segelintir netizen meminta angkasawan negara ini untuk tidak memperlekehkan soalan ujian lisan yang diberikan kepada pelajar SPM.




Sumber: Murai

ellejo Publish time 16-2-2022 07:31 PM

Edited by ellejo at 16-2-2022 11:33 AM

ni oral exam kan? biorla guna tajuk apa pun. dia nak tengok kecerdasan ko menyusun bahasa, guna kosa kata dan tatabahasa yg betul, kebolehan ko expressed yourself in that language. topikperkahwinan impian tu bebudak skarang bukan main hebat lagi sama ada kelas depan atau kelas belakang mengulas disocmed.
secara tak langsung tajuk santai mcm ni akan membuka peluang student yg kurang bijak atau kurang mahir dalam bahasa tu utk lebih banyak bercakap dalam exam. tau la angkasawan. turun ke bumi buleh? tengok main goal dia apa. sentap sentap. susah betul kalau semua benda nak tunjuk pandai.

bukan nak tengok ko mengulas isu a la forum. ulas2 isu ni dah ada pada penulisan.

Tembikaigoreng Publish time 16-2-2022 08:26 PM

Come on lah...Kan penilaian oral SPM Tu lebih kepada response pelajar untuk bertutur dalam satu² topik yang diberi.....nak uji kecerdasan Minda berkaitan topik semasa sebenar nya pljr boleh aplikasikan pada bahagian karangan....

imransulaiman Publish time 16-2-2022 09:46 PM

Nanti kau bagi soalan susah, murid terlopong tak bercakap, kau tuduh lagi soalan susah.

By the way, murid SPM sekarang ni bukan lagi 17 tahun...tapi dah 18...tua di alam persekolahan akibat covid.

Didi_dido Publish time 16-2-2022 11:25 PM

Penilai dan penggubal soalan lebih berpengalaman. Serah pada yg pakarr. Tak perlu nak komen kalo bukan bidang kuasa. Dia nak soalan oral semua pasal setelit, bulan bintang kot.

domok Publish time 16-2-2022 11:28 PM

Aku faham why tajuk tu.. Ujian lisan je.. Nak dengar how murid bercakap & so on.. Tapi sebagai parents aku pun kurang senang kalau anak umur 17 @ 18 ni ditanya pasal perkahwinan idaman. Sound too dreamy for me. Kalau tanya perancangan perkahwinan ke aku ok lagi...

prince_marhaen Publish time 17-2-2022 10:41 AM

semua benda nak ulas lah angkasawan terpaling akademik ni....nak semua orang kena push macam anak-anak kau ke..dah macam robot dah tengok..

mamajawie Publish time 17-2-2022 11:16 AM

prince_marhaen replied at 17-2-2022 10:41 AM
semua benda nak ulas lah angkasawan terpaling akademik ni....nak semua orang kena push macam anak-an ...

kahkahkah..ckp pasal anak2 dia aku kesian sgat2..yg pompuan dua org tu jnis mengikut je smpai terlentok tertidur dlm kete..yg anak kembar lelaki cm rebel jenis orang xpenah keluar rumah kemain aktif..kalau aku la kn da kutil da anak aku jangan jadi orang peghak buih bila kat luar..

juruterra Publish time 17-2-2022 11:33 AM

prince_marhaen replied at 17-2-2022 10:41 AM
semua benda nak ulas lah angkasawan terpaling akademik ni....nak semua orang kena push macam anak-an ...

ha kan... ada berbagai school of thoughts bab push anak2 ni, ada yg ok ada yg backfireharap2 anak2 dia terus mendengar kata sampai ke tua, selalunya bdk2 skrg by certain age dh start ada opinion sendiri nanti dorang akan argue dgn parents. they are a lot more exposed. anak2 i pun despite org ckp jenis mendengar kata, bila dh 16, 17 ni...very opinionated. cant argue with them

Didi_dido Publish time 17-2-2022 04:54 PM

domok replied at 16-2-2022 11:28 PM
Aku faham why tajuk tu.. Ujian lisan je.. Nak dengar how murid bercakap & so on.. Tapi sebagai paren ...

Ada yg dah komen tajuk soalan oral tu ada dalam buku teks diorg under tajuk Adat Istiadat & kebudayaan. Klo budak pandai bole la goreng masukkan Adat Istiadat tu. Klo yg kelas belakang maybe dream wedding ala2 fairy tales ..huhu

sharlenetexas Publish time 17-2-2022 10:24 PM

Lagi tersentak kalau ada yang jawab tema pelangi dan diversiti.

sharlenetexas Publish time 17-2-2022 10:25 PM

prince_marhaen replied at 17-2-2022 10:41 AM
semua benda nak ulas lah angkasawan terpaling akademik ni....nak semua orang kena push macam anak-an ...

Heols pun tak habis buat master ;P

Pages: [1]
View full version: Dr Sheikh Muszaphar Tersentap Tengok Soalan SPM


ADVERTISEMENT