CARI-MAL Publish time 16-2-2022 06:07 PM

Tak Kisah Isteri Lempar Kasut, Selamba Joget Dengan Perempuan Lain

Seorang lelaki yang leka berjoget dengan beberapa wanita di atas pentas dalam sebuah acara festival diserang isterinya dengan melempar kasut ke arahnya, lapor Berita Hits.


Berdasarkan klip video yang tular di Instagram, lelaki berkenaan dilihat leka menari di atas pentas dengan ditemani beberapa penari dan penyanyi wanita.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/16/180625qq71nbqbkqqnltzb.jpg



Isterinya yang berada dalam keadaan marah datang ke hadapan pentas secara tiba-tiba lantas melemparkan kasut yang dipakai ke arah suaminya.


Meskipun terkejut, lelaki berkenaan tetap meneruskan aktivitinya dan tidak menghiraukan isterinya yang sedang berdiri di bawah pentas dalam keadaan marah.


Dua lelaki kemudian cuba untuk menenangkan wanita itu sebelum dia dilihat duduk di atas kerusi bagi menanti suaminya datang ke arahnya.


Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.


“Jika di hadapan isteri pun berani, apatah lagi di belakang isteri,” komen seorang netizen.


“Kalau sudah berkahwin dan masih ingin bebas, lebih baik jangan berkahwin,” kata seorang lagi pengguna.




Sumber: Kosmo

Simunggu Publish time 17-2-2022 08:18 AM

perempuan melayu tidak sporting berbanding mat seleh..

buapakperut Publish time 17-2-2022 09:18 AM

Friskot janganlah marah2, kawal sikkit emotion tu

anony-mous Publish time 17-2-2022 09:51 AM

Simunggu replied at 17-2-2022 08:18 AM
perempuan melayu tidak sporting berbanding mat seleh..

Bukan melayu tu indon rasanya

Supersirap Publish time 17-2-2022 02:04 PM

Yang penting hormati isteri itu diutamakan
Pages: [1]
View full version: Tak Kisah Isteri Lempar Kasut, Selamba Joget Dengan Perempuan Lain


ADVERTISEMENT