ameenarara Publish time 16-2-2022 03:59 PM

"Saya Bayar Zakat, Apa Salahnya Zakat Bantu Mak Ayah Saya," Pihak Zakat Terdiam, Anak Abai Ibu Bapa

Ini adalah kisah benar yang berlaku pada masa kini. Seperti yang diceritakan oleh salah seorang Amil Zakat, Tuan Faisal Rahim melalui ciapan twitternya, hari ini sudah menjadi trend anak-anak menyerahkan tugas menyara ibu bapa kepada institusi zakat.


https://twitter.com/acaiijawe/status/1493431539707047940?s=20&t=_dEUIwphDDN1LdSqjtrSTQ


Alasan yang diterima adalah mereka bergaji kecil dan mempunyai anak tetapi apa yang paling menyedihkan anak-anak yang mempunyai rumah besar juga melakukan perbuatan yang sama.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/16/155636rxat1tlq1cohnwac.jpgFoto: Sumber Internet




"Saya bayar zakat. Jadi apa salahnya zakat bantu mak ayah saya." kata tuan Faisal apabila pihak zakat menghubungi anak-anak mereka yang berharta itu. Memang terdiam seketika.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/16/154636qeg726g00efna18o.pngFoto: Twitter




Berbeza sungguh dengan masyarakat Cina yang majoritinya akan bawa ibu bapa tinggal sekali dengan mereka.


Ibu bapa sanggup jual rumah kampung dan hasil tersebut bantu anak-anak beli rumah yang selesa dan tinggal bersama hingga akhir hayat. Itulah cara masyarakat cina menjaga keluarga mereka.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/16/154741gssqbty7otbjy666.pngFoto: Twitter




Kes mengabaikan ibu bapa ini membimbangkan pada masa akan datang. Dalam ciapannya mengharapkan pemerintah untuk mewujudkan akta bagi menjamin hak ibu bapa yang diabaikan anak-anak yang berkemampuan menjaga.


"Ya, memang zakat boleh bantu. Tapi si anak tetap berdosa kerana mengabaikan ibu bapanya." tegasnya lagi.


Memang keadaan ini telah lama berlaku. Namun ibu bapa yang sudah tua tidak mampu lagi untuk bersuara kerana tiada daya. Hanya menurut sahaja tindakan anak terhadap mereka. - CARI

petpom Publish time 16-2-2022 04:16 PM

Tapi kat kawasan saya duduk ni.. rumah2 org tua utk chinese..ada dalam 4 buah rumah org tua...x yah la nak highlight kan bangsa.. semua pun sama...

_kelly Publish time 16-2-2022 04:50 PM

faisal rahim ni merepek apa melayu tak duduk sekali mak ayah..ramai je pon melayu buat camtu

krustykrab Publish time 16-2-2022 05:03 PM

Duk merepek komen dgn cina tu buat pe...budaya mrk lain..islam lain..
Dlm islam pun tak galakkn tinggal dgn mertua ni, byk buruk dr baik...
Cina diorg lex lex je pakai seksi2 dlm rmh luar rmh..ni org islam ni bila dh duduk dgn mertua kena la pakai tutup2..dah tak de privacy dlm rmh sendiri..kena pulak mertua yg tak ngam dgn menantu...udah2 la duk bandingkan!!

makadek Publish time 16-2-2022 05:54 PM

Aku mmg tak bg anak2 aku duk dgn aku tp buat rumah sblh2 tak apa tp nk berkongsi dapur takleh

Tapi kan aku nk extend ruang tamu ng bilik
Laki ckp sapa nk duduk rumah besar2 err

Adrif Publish time 16-2-2022 08:03 PM

makadek replied at 16-2-2022 05:54 PM
Aku mmg tak bg anak2 aku duk dgn aku tp buat rumah sblh2 tak apa tp nk berkongsi dapur takleh

Tapi...

extend dapur :lol:

orang Melayu ni, rumah besar macam manapun, porch, ruang tamu, ruang rehat, ruang makan,
akhirnya semua menyelit kat dapur jua ;P

makadek Publish time 16-2-2022 08:30 PM

Adrif replied at 16-2-2022 08:03 PM
extend dapur

orang Melayu ni, rumah besar macam manapun, porch, ruang tamu, ruang rehat, ru ...

Dapur + ruang makan boleh muat 15 org dewasa
Cukup luas ..tiba2 laki aku nk tambah ruang tamu ke 3 ..dan bilik ke 4 ..tp mmg ruang dapur gakla diorang suka berlonggok... qq

makadek Publish time 16-2-2022 08:31 PM

Adrif replied at 16-2-2022 08:03 PM
extend dapur

orang Melayu ni, rumah besar macam manapun, porch, ruang tamu, ruang rehat, ru ...

Dapur + ruang makan boleh muat 15 org dewasa
Cukup luas ..tiba2 laki aku nk tambah ruang tamu ke 3 ..dan bilik ke 4 ..tp mmg ruang dapur gakla diorang suka berlonggok...

nuryakmal Publish time 16-2-2022 08:35 PM

Smlm de meeting kat land office. Ada la sorang acik ni. Keja gomen. Beli rumah csru. Nama together dengan anak. Dtg sbb nak tukar title dari nama kongsi ke nama anak dia. Sbb menantu will only duduk rumah tu kalau nama dlm titlenama suami dia ie anak makcik gomen tu.

Kebetulan hartanah dia beli tu developer nya kami, so boleh la menyampuk. Ahahah. I cakap je. Kalau csru kan acik beli dulu dpt discount. So why not dari bodo2 bagi macam tu je, mintak la dia bayar bahagian acik. Klau takde nye dpt discount csru tu. Dahla dtg sorang je. Si anak dia choi dtg pun tak. Dasar tanggang

Lagubestbest Publish time 16-2-2022 08:51 PM

Edited by Lagubestbest at 16-2-2022 08:54 PM

Jiran I 70an anak dia sorang tu, 20K gaji, lain2 biasa keje gomen stabil. Tapi pak dia tiap tahun buat rayuan BRIM la BASAH la etc. Bila PK balik, adalah asbab tu sebab dia memang jenis "berkira". Tanah berekar-ekar tapi simpan cmtu jela (tipikal orang tua melayu). Ntahla. Generasi pakcik tu RM20sen boleh beli macam2, so maybe tak faham konsep inflasi (harga barang) kot. Ayah I pulak pernah story, zaman dia membesar, konsep memberi / sedekah takde, kalau ko takde duit, walaupun kau budak, kau diperguna adalah.

faraway1 Publish time 17-2-2022 06:38 PM

Omputih sini banyak tinggal dengan parents, panggil rumah jenis camni bigeneration, tinggal setempat tapi pintu le lain..

Plan dengan my daughter dah, rumah dah ada, sewakan buat masa ni, me duduk tingkat bawah, anak kat tingkat atas..

hasniey Publish time 17-2-2022 10:59 PM

Cina ramai duduk dgn mak ayah tp melayu xbuat?dia mengarut apa ni?
Melayu kt mana yg xde buat mcmtu?kt malaysia ni brlambak melayu duduk dgn mak abah.
Cina tua pon ramai yg duduk sorg diri.
Pelik org Malaysia ni,kalau benda bagus2 semua bangsa cina jd contoh.yg kaya,yg setia,yg rajin,yg sayang ibu bapa.kalau yg buruk2 melayu dgn india.yg miskin,malas,anak derhaka.
Pdhal semua bangsa ada buruk ada baik

sofi_sofia Publish time 20-2-2022 05:50 PM

hasniey replied at 17-2-2022 10:59 PM
Cina ramai duduk dgn mak ayah tp melayu xbuat?dia mengarut apa ni?
Melayu kt mana yg xde buat mcmtu? ...

Tu yg meols pelik, dia nih merepek apa .. mabuk ketum ke.. yg kita tau bangsa melayulah yg byk tggl dgn parent .. sedangkan bangsa yg 1 lg tu suka tgglkan parent kat umah org2 tua ... siap byr bulanan lg ....old folks yg bersepah pun penuh dgn bangsa2 tu penghuninya

evlinne Publish time 20-2-2022 06:01 PM

Sembang kencang ah mamat twittard ni

bakingsoda Publish time 20-2-2022 10:12 PM

aku pon pelik kenapa kata melayu tak tinggal ngan makpak, yg bujang esp kalau keje kat negeri sama dgn rumah parents mmg duk skali la jawab dia. yg dah kawin pon ada lagi duk menempel ngan parents walaupon dah beranak pinak ;P

anony-mous Publish time 22-2-2022 12:33 PM

Rasanya dekat situ dah dpt jawapan kan? Parent cina sanggup jual rumah / tanah dkt kg & siap bantu dpt kan rumah yg selesa. Parent melayu ado?? Kalau ada pon hari2 mengungkit

anony-mous Publish time 22-2-2022 12:34 PM

Sbb tu mak pak, kalau lahirkan ramai2, jgn la harapkan balasan ank tu nk kutip korang duduk sekali. Kalau gaji kat malaysia ni mahal, ok lg. Ni baru nk mulakan hidup, mak ayah pulak nk control itu ini

salimrock Publish time 24-2-2022 12:07 PM

anony-mous replied at 22-2-2022 12:33 PM
Rasanya dekat situ dah dpt jawapan kan? Parent cina sanggup jual rumah / tanah dkt kg & siap bantu d ...

buat berebut adik beradik...

jd baik la mak bapak jaga harta sendiri, dah mati esok, yg hidup tu pandai2 korang la
Pages: [1]
View full version: "Saya Bayar Zakat, Apa Salahnya Zakat Bantu Mak Ayah Saya," Pihak Zakat Terdiam, Anak Abai Ibu Bapa


ADVERTISEMENT