tatod Publish time 16-2-2022 12:15 PM

"Diejek Busuk Dan Kotor, Bekal Dibuang Dalam Tong Sampah"-Remaja 17 Tahun Cuba Bunuh Diri Depresi Jadi Mangsa Buli

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/16/120027ah3jo9szllduubeo.pngGambar hiasan (Google)


Hanya kerana rasa cintanya pada haiwan dan mempunyai kira-kira 50 ekor anjing terbiar yang diselamatkan di rumahnya, remaja 17 tahun ini menjadi sasaran pembuli di sekolahnya.


Di Facebook, Animal Lovers Independant Rescuer (ALIR) memaklumkan Ed (nama samaran) adalah salah seorang sukarelawan penjaga haiwan cuba membunuh diri dengan menelan ubat jenis pil secara berlebihan dan meninggalkan sekeping nota bunuh diri.


Menurut ALIR, Ed yang dalam keadaan tidak sedarkan diri ditemui oleh abangnya. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal di wad kecemasan. Pasukan perubatan mengambil masa kira-kira 50 jam untuk menstabilkan keadaan Ed.






https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/16/120136rfw6iwvf206dkj12.jpgSumber FB ALIR


Berdasarkan perkongsian ALIR, mangsa mula menyelamatkan haiwan terbiar sejak usianya 7 tahun. Apabila rakan sekolah mengetahui perkara itu, dia mula dipersendakan dan dicemuh.


"Dia diejek busuk, kotor dan diketawakan. Malahan, ada pelajar yang merampas bekal makanan yang dibawanya lalu dibuang ke tong sampah menyebabkan Ed terpaksa menahan lapar sepanjang sesi persekolahan berjalan.


"Ed pernah melaporkan perkara tersebut kepada guru. Bagaimanapun, guru berkenaan bukan hanya mengabaikan aduannya tetapi juga menyuruh mangsa menyelesaikan masalah itu sendiri," kata ALIR.


Ketika Ed masih di sekolah rendah, ibu bapanya membuat laporan polis, namun tiada sebarang tindakan yang diambil.


Mangsa kemudian berpindah sekolah, namun kejadian itu masih berulang. Ibu bapanya membawa isu berkenaan ke pihak sekolah bagaimanapun mereka kes itu tidak diambil serius.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/16/120553tjfta3hmt80rf0m9.jpg
Gambar hiasan (Google)


Kejadian tersebut berhenti seketika selepas ibu bapa mangsa bersemuka dengan pelajar yang selalu membuli Ed. Bagaimanapun, melangkah ke alam sekolah menengah, dia sekali lagi berhadapan situasi sama.


Enggan membebankan ibu bapanya, Ed menyimpan dan menelan segala layanan buruk yang diterimanya hingga menyebabkan dia tenggelam dalam kemurungan yang semakin lama semakin teruk.


Pihak hospital sudah membenarkan Ed pulang ke rumah, namun dia masih perlu menghadiri janji temu dan terapi.




https://www.facebook.com/ALIRSABAH/photos/a.259973114163690/2039024846258499







musangbodoh Publish time 16-2-2022 01:43 PM

ape lg dh semua x jalan...kasi virallllllllll je lh

bondeh Publish time 16-2-2022 02:10 PM

Setannya manusia di sekeliling kau dik (kecuali famili). Sangkak punya cikgu. Semoga anak2 ko akan dibuli juga wahai cikgu tersangkak GTH!!!!! Si pembuli2 semoga anak2 ko jugek dibuli sangkak maknosia tersixl!!!!!!

Adrif Publish time 16-2-2022 09:14 PM

tukar sekolah pun berulang kena buli? aneh ya

eyansss Publish time 17-2-2022 06:24 PM

Adrif replied at 16-2-2022 09:14 PM
tukar sekolah pun berulang kena buli? aneh ya

tak mustahil sebab generasi sekarang ni ramai pembuli...tak kira umur, bangsa, tahap pendidikan...

Artemesiaa Publish time 18-2-2022 02:10 PM

Pembuli memang tak akan sedar perbuatannya tu boleh membunuh melainkan dia sendiri pula dibuli

BingkaUbi Publish time 18-2-2022 04:25 PM

eyansss replied at 17-2-2022 06:24 PM
tak mustahil sebab generasi sekarang ni ramai pembuli...tak kira umur, bangsa, tahap pendidikan. ...

blh bg time frame "sekarang" tuh bila ke bila? sejak aku sek rendah dh de dah pembuli ni cuma takdok viral sbb tak wujud lg wassap henpon bagai sumer tuhhhh.....

laradelara Publish time 19-2-2022 02:31 AM

Kesiannya.. Moga dia kuat utk tros hidup

jijilaaa Publish time 19-2-2022 12:13 PM

aku pun dulu pernah buli sorang budak ni. smpai skang aku cari dia tp xjumpa. kalau aku jumpa dia aku nak mintak maaf kat dia

tp ni jadi masa tadika. dia ni tak mau cakap. mmg pendiam. cikgu pun tak pernah dengar suara dia. tp dia tak bisu. disebabkan dia pendiam aku suka buli dia. aku pernah buh gam kat tangan dia. aku suh dia pekup je tangan dia dari pagi smpai nak balik....sbb ak nak buat eksperimen melekat tak tangan dia

tp gam kertas mana kuat kan...xmelekat pun tangan dia tu

its just, bila aku kenang, aku akan teringat and rasa bersalah tu sentiasa ada. hope dia maafkan aku
Pages: [1]
View full version: "Diejek Busuk Dan Kotor, Bekal Dibuang Dalam Tong Sampah"-Remaja 17 Tahun Cuba Bunuh Diri Depresi Jadi Mangsa Buli


ADVERTISEMENT