tatod Publish time 16-2-2022 10:53 AM

Sitkom Mr. Bean Tidak Sesuai Ditonton Kanak-Kanak, Didakwa Ganas Dan Biadab

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/15/095811dmddsfnsseegbnf5.pngSumber Google



Siri sitkom Mr. Bean yang dilakonkan oleh Rowan Atkinson itu ditayangkan antara tahun 1990 hingga 1995. Populariti pelawak itu kembali meningkat apabila episod komedi berkenaan ditayangkan semula menerusi platfrom penstriman Netflix dan Amazon Prime.


Bagaimanapun, Jocelyn Crooke, 41, mengatakan dia terpaksa menyekat anaknya Daisy, 7, dari menonton cerita itu selepas menyaksikan babak Mr.Bean menanggalkan pakaiannya dan mencucuk doktor gigi.


"Saya sangat menyukai sitkom Mr.Bean tetapi adegan keterlaluan yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak terutama ketika dia mencucuk doktor dan melakukan tampalan sendiri. Dia juga selalu berbogel," katanya kepada DailyStar.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/15/095850dv83081i8if5dxd8.pngAdegan Yang Dikatakan Ganas (YouTube)


Kenyataan Crooke turut disokong oleh Elliot Green, 38, yang mengatakan kanak-kanak sekolah rendah tidak sepatutnya didedahkan dengan aksi ganas dan perlakuan biadab Mr.Bean.


"Bagaimana ibu bapa boleh katakan tidak apa-apa untuk anak mereka menonton seseorang berulang kali berbogel, memandu secara bahaya, menikam seseorang dengan picagari dan menembak dengan pistol?" katanya.


Seorang guru yang enggan identitinya didedahkan turut tampil menyatakan pendiriannya terhadap sitkom popular itu.


"Saya sudah menonton kesemua episod Mr.Bean dan saya tahu episod kegemaran kanak-kanak. Saya selalu terfikir sama ada sitkom berkenaan sesuai dengan kanak-kanak ataupun tidak kerana ada beberapa adegan yang saya rasa keterlaluan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/15/100302bh70exmdz0de0l0s.png
Babak Dalam Mr.Bean (YouTube)


"Sudah tiba masanya penilaian panduan cerita berkenaan diubah kerana ada tingkah laku yang tidak sesuai ditunjukkan dalam Mr.Bean," katanya.


Segelintir ibu bapa menggesa pihak penstriman agar menukar teks klasifikasi dengan memberikan amaran kepada penonton bahawa rancangan berkenan mengandungi unsur berbahaya dan keganasan.


Mereka tidak bersetuju penstriman meletakkan kod 'U-sesuai ditonton untuk kanak-kanak berusia empat tahun ke atas' dengan keterangan tiada bahan yang mungkin menyinggung perasaan atau membahayakan. -CARI





















zarulnazmi Publish time 16-2-2022 01:47 PM

Aku tonton Mr Bean sejak zaman video tape. Tak pernah pun ada masalah tingkah laku.
Pages: [1]
View full version: Sitkom Mr. Bean Tidak Sesuai Ditonton Kanak-Kanak, Didakwa Ganas Dan Biadab


ADVERTISEMENT