Cintaerina Publish time 16-2-2022 10:49 AM

“Siapa Punya Spender Ni” –Lelaki Dituduh Isteri Bawa Perempuan Masuk Rumah, Padahal…

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/16/095705myblzdwwwubigwfb.pngSumber: Twitter Aimzama




Baru-baru ini, perkongsian seorang lelaki yang dikenali sebagai Aimzama di Twitter mendapat perhatian dan membuatkan ramai netizen terhibur.


Tweet lelaki itu berkenaan dengan 'seluar dalam' yang menyebabkan dia terpaksa memujuk isterinya yang salah sangka.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/16/095710s8rxm9hxbtcuz6oo.pngSumber: Twitter Aimzama







Kata Aimzama, dia dan isterinya tinggal di sebuah flat dan kisah bermula apabila dia membantu isterinya mengangkat pakaian yang dijemur di ampaian rumahnya.


Kebetulan semasa hari kejadian, isterinya tiada di rumah. Disebabkan seluar dalam itu turut berada di ampaian rumahnya, lelaki itu terus mengambil seluar dalam itu kerana beranggapan bahawa seluar dalam itu milik isterinya.


Namun tanpa disedari, rupa-rupanya 'spender' itu bukan milik isterinya. Hanya disebabkan hal itu, isterinya menyangka dia ada membawa 'perempuan lain' ke rumah mereka.


Aimzama yang turut berkongsikan tentang perkara itu di status Facebook miliknya mengatakan bahawa dia berasa sangat lega hati apabila ada salah seorang jirannya tampil untuk membuktikan bahawa tiada perempuan lain dibawa masuk ke rumahnya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/16/095709dzi3n6nfosonpnyf.pngSumber: Twitter Aimzama







Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen nampaknya begitu terhibur dengan perkongsian Aimzama. Syukurlah, nasib baik ada jiran yang tolong 'backup' si Aimzama ini, kalau tidak habislah dia terpaksa memujuk isterinya selama berhari-hari.-CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/16/100010xde5e5gtbvrb8h5t.pngSumber: Twitter Aimzama






orkid_amani Publish time 16-2-2022 03:51 PM

Xkan la spender sindai luaq rumah..apoo
Hat adik2 tu sidai dlm rumah la..xmalu ka sidai luaq rumah

Adrif Publish time 16-2-2022 09:11 PM

haha, teringat masa aku sekolah dulu,
hujan lebat selebat-lebatnya petang tu.
langit gelap habis, macam waktu malam, dengan angin kuat, kilat sabung-menyabung.

rumah lama kami tingkat 2, ada balcony.
aku pun tengok la hujan kat luar, pastu nampak ada burung aneh terbang dalam hujan :funk:
coli orang kena tiup angin, :'(
dari balcony blok sebelah, dia terbang, landing ke balcony blok sebelah ;P

RIP tuan rumah kalau kena kitai bini:lol:

Mini.Me Publish time 17-2-2022 02:05 PM

Iols jemur anak2 dlm rumah...n husb iols kenal my pende sbb heols yg tukang jemur semua pakaian tiapkali basuh...so kalo jd mcm ni jgk memg iols parangkan je heols :curse:

cmf_PariS Publish time 17-2-2022 02:28 PM

kekeekekek terhibur...

Artemesiaa Publish time 18-2-2022 02:12 PM

orkid_amani replied at 16-2-2022 03:51 PM
Xkan la spender sindai luaq rumah..apoo
Hat adik2 tu sidai dlm rumah la..xmalu ka sidai luaq rumah
...

Setengah orang tu mana ada kemaluan dia nak sidai dia main sidai je ikut suka
Pages: [1]
View full version: “Siapa Punya Spender Ni” –Lelaki Dituduh Isteri Bawa Perempuan Masuk Rumah, Padahal…


ADVERTISEMENT