Vellfire Publish time 16-2-2022 12:46 AM

Trembini pulau ghaib hanya didiami kaum wanita di Jawa

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/02/Pulau-Wanita.jpg
JAKARTA – Sebuah pulau ghaib dikenali sebagai Pulau Trembini didakwa wujud diJawa Timur dan dipercayai hanya didiami oleh kaum wanita, lapor laman berita Solopos semalam.
Meskipun kewujudan pulau itu masih menjadi misteri,namun nelayan tempatanpercaya bahawa ia berada diLaut Selatan di antara Kabupaten Jember dan Kabupaten Malang.
Lokasi Trembini terbentuk daripada mendapan sampah namun penduduk percaya ada pulau ghaib yang terbentuk di atasnya.
Menurut kepercayaan masyarakat setempat, Pulau Trembini hanya didiami kaum wanita dan tiada lelaki dibenarkan masuk. Malah sesiapa yang mendarat di pulau itu tidak akan boleh kembali ke dunia sebenar atau kembali sebagai mayat sahaja.
Sekiranya pantang larang itu dilanggar, lelaki itu akan meninggal dunia atau tidak akan kembali ke dunia asalnya.
Sehingga kini, orang-orang tua Jember masih bercerita mengenai Pulau Trembini kepada anak cucu mereka dan memberi amaran agar tidak tersilap mendarat di pulau ghaib tersebut. – Agensi

kosmo.com.my/2022/02/15

penutupbotol Publish time 28-10-2023 04:09 PM

wujud ekk?
fuhh
Pages: [1]
View full version: Trembini pulau ghaib hanya didiami kaum wanita di Jawa


ADVERTISEMENT