Vellfire Publish time 16-2-2022 12:41 AM

Batu ‘tergantung’ gamit pelancong Instagram

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/02/batu-tergantung2.jpg

OGALAND, NORWAY – Sebuah kawasan pergunungan di Norway menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia yang berkunjung semata-mata untuk bergambar di atas bongkah batu besar yang terhimpit di antara dua jurang, lapor laman berita Oddity Central semalam.
Dinamakan Kjeragbolten, bongkah itu popular dalam kalangan pengembara yang sukakan cabaran. Ia adalah seketul batu gergasi yang keadaannya seolah-seolah tergantung di udara pada ketinggian 984 meter.
Batu itu terletak di atas Gunung Kjerag di Lysefjord. Kjeragbolten mudah didakioleh pengunjung walaupuntanpa sebarang peralatan khas.
Kehadiran bongkah batu itu menjadikan Kjeraglokasi panas untuk pelancong danpengembara dari seluruh dunia. Ramai antara mereka tidak gentar akan cabaran untuk memanjat bongkah batu tersebut demi sekeping gambar yang luar biasa untuk dikongsi di laman Instagram.
Walaupun Kjeragbolten dilaporkan lebih lebar daripada yang kelihatan dalam gambar, nyawa orang yang memanjatnya boleh melayangsekiranya tersilap langkah.
Namun,tiada sesiapa pernah direkodkan terjatuh dari batu tersebut setakat ini. – AGENSI
Z5NBPGmpr8s

kosmo.com.my/2022/02/15

kucingitam Publish time 16-2-2022 11:36 AM

aku tgk video je pun dah rasa lain macam...berani betul la drg ni
Pages: [1]
View full version: Batu ‘tergantung’ gamit pelancong Instagram


ADVERTISEMENT