Agent13k Publish time 15-2-2022 05:18 PM

Tak Tahu Nak Naikkan Mood Dalam 30 Saat? Anda Boleh Ikut 5 Cara Ini!

Tekanan dan mood yang secara semula jadinya akan turun dan jika mahu mood itu naik semula ia akan memerlukan begitu banyak tenaga, apalagi dengan musim pandemik yang masih tidak selesai lagi ianya sememangnya sukar untuk menaikkan mood diri.

Mood yang turun perlu ditangani segera agar tidak merosakkan hari seseorang.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/15/134701l00v17azamv0cs8v.pngkredit foto: wikipedia



Petikan dari Mstar, ada pelbagai kajian menunjukkan mood seseorang yang turun secara drastik boleh dinaikkan semula, anda boleh ikut cara-cara ini untuk menaikkan mood anda.



[*]Senyum

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/15/133520bz5jwv6r6v92y929.jpgkredit foto: Flare



Kebanyakan manusia senyum bila perlu dan mungkin memerlukan alasan untuk memberi senyum, seperti senyum apabila menerima mesej daripada orang yang disukai ataupun gaji anda sudah masuk ke dalam bank akaun anda.

Senyuman boleh membuat anda gembira dan meningkatkan mood apabila saraf dan otak diaktifkan untuk meningkatkan hormon gembira badan, anda boleh mencuba senyum lebih kerap lagi.



[*]Teguk secawan kopi

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/15/133617rhg8wyhg23vra2ka.jpgkredit foto: Medical news today



Kafein boleh memberi impak positif pada mood anda, aroma di dalam secawan kopi itu juga boleh menaikkan mood. Perlu diingatkan bahawa tidak semua orang mempunyai toleransi yang baik untuk kafein dalam secawan kopi.

Anda boleh gantikan kopi dengan teh jika tahap kafein anda perlukan tidak begitu tinggi.



[*]Berjemur di bawah matahari
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/15/133812mp4xy4xnvp7bbpgo.jpgkredit foto: Your Tango



Anda boleh keluar dari bilik anda dan rasakan pancaran matahari menyinari ke badan anda. Pendedahan kepada matahari boleh meningkatkan pengeluaran serotonin dan vitamin D yang baik untuk badan. Lebih-lebih lagi ia dikatakan mampu membuat mood seseorang itu bertambah baik.



[*]Mainkan muzik
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/15/134026v0wompd5hmd09o5s.jpgkredit foto: Hives



Lagu adalah salah satu cara menaikkan mood yang bagus, muzik boleh membuat orang tersenyum, merenung, marah, sedih dan pelbagai emosi yang boleh diungkapkan didalam muzik. Biasanya muzik dengan tempo yang sederhana hingga pantas boleh meningkatkan mood seseorang.

Anda boleh mencari lagu yang mengikut mood anda di perkhidmatan penstriman muzik, biasanya ia memberi cadangan senarai lagu mengikut mood yang diinginkan.



[*]Berjalan atau bersiar-siar
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/15/134317f7fcps4qrry44amf.jpgkredit foto: Know your meme



Jika anda berkerja di hadapan komputer atau duduk di posture yang sama selama berjam-jam membuatkan badan anda senang sakit, tambahan pula anda akan rasa bosan dan mood semakin menurun sehingga mencapai tekanan atau rasa mengantuk dan tidak mahu membuat kerja.

Anda hanya perlu bangun dari tempat duduk anda dan pergi bejalan, keluar bilik, masuk dapur, masuk halaman rumah ataupun masuk ruang tamu yang paling penting adalah tukar pemandangan.

Semoga cara ini bermanfaat untuk anda. -CARI
Pages: [1]
View full version: Tak Tahu Nak Naikkan Mood Dalam 30 Saat? Anda Boleh Ikut 5 Cara Ini!


ADVERTISEMENT