mattzzx Publish time 15-2-2022 03:35 PM

Wanita 87 tahun terlantar di katil dirogol

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2022%2F02%2F14%2F1481156.jpg
Gesaan kaum wanita agar jenayah rogol dihentikan. -gambar hiasan

SEORANG wanita berusia 87 tahun didakwa dirogol dalam kejadian di Tilak Nagar di Delhi, India, pada Ahad, menurut laporan agensi berita IANS.

Warga emas itu didakwa diserang dan dirogol oleh individu tidak dikenali di dalam rumahnya.

Ketika kejadian, mangsa terlantar di katil dan bersendirian sebelum tertuduh memecah masuk ke rumahnya dan menyerangnya.

Wanita itu tinggal bersama anak perempuannya berusia 65 tahun.

Bagaimanapun, anak perempuan mangsa tiada di rumah ketika kejadian berlaku.

Menurut keluarga mangsa, suspek datang ke rumah mereka pada pukul 12.30 tengah hari Ahad dan mengunci pintu dari dalam.

Ketika ditanya, lelaki berkenaan memberitahu dia bekerja dengan agensi gas dan dipanggil untuk melakukan kerja.

Mengesyaki perbuatan lelakit tersebut mencurigakan, wanita warga emas itu menjerit meminta bantuan.

Suspek kemudian menyerang dan merogol wanita itu, sebelum mencuri telefon milik mangsa dan melarikan diri. - India Times

musangbodoh Publish time 15-2-2022 04:35 PM

entah apelh yg naikkan nafsu kwn tu yer....{:1_563:}
Pages: [1]
View full version: Wanita 87 tahun terlantar di katil dirogol


ADVERTISEMENT