mattzzx Publish time 15-2-2022 03:33 PM

Muller dikecam jual air mani kuda

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2022%2F02%2F14%2F1481178.jpg
Pasangan ini dikecam Peta kerana didakwa memaksa kuda melakukan seks luar tabii.

PENYERANG Bayern Munich, Thomas Muller dan isterinya dikecam kerana menjual air mani kuda.

Muller dan Lisa, yang merupakan penunggang kuda dan juara acara dressage memiliki sebuah ladang.

Dilaporkan pasangan itu menggunakan kuda untuk menjual air mani haiwan tersebut secara beku pada harga £168 (RM953) setiap satu.

Bagaimanapun, persatuan hak asasi haiwan Peta mengecam tindakan mereka selepas Muller baru-baru ini mendedahkan salah seekor kuda mereka cedera dalam proses pembiakan.

"Dukacita kami mempunyai berita buruk. D'Avie kuda kegemaran kami tidak akan bersedia dalam beberapa bulan akan datang.

"Malangnya ia tergelincir semasa percubaan ujian untuk bersiap sedia melakukan pembiakan," kata Muller yang juga pemain skuad Jerman.

Peta bagaimanapun mendakwa kecederaan tersebut boleh dielakkan sambil menyelar Muller dan isteri kerana memaksa kuda melakukan perbuatan seks luar tabii. - Daily Star

musangbodoh Publish time 15-2-2022 04:37 PM

baka mahal...nk juai anak kuda kejap je kaya...juai ayaq manitrus....berkaya kaya .....
Pages: [1]
View full version: Muller dikecam jual air mani kuda


ADVERTISEMENT