ameenarara Publish time 15-2-2022 02:18 PM

"Tahu Tak Harga Bra Berapa?" Netizen Kecam Lelaki Bujang Cakap Pasal Tugas Isteri

Isu pasal tugas suami dan isteri jika mula dihujah memang sampai kiamat tidak akan habis. Namun apa yang paling menarik perhatian bila lelaki bujang pula yang bersuara tentang hak suami dan tugas isteri.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/15/140938cf5topqho5jmea1z.jpgFoto: Sumber Internet




"Interesting, are you married?" itulah komen pertama daripada seorang netizen wanita apabila lelaki tersebut selesai membuat bebenang ciapan tentang tugas isteri di Twitter.


https://twitter.com/AmirulRuslam/status/1492716786126848000?s=20&t=zSARO0dBMfhA_5MiKFqGAA


Lelaki tersebut mengakui dia belum berkahwin dan hanya 'naqal dari dalil naqli dan kalam ulama' seperti yang dipelajarinya.


Netizen yang telah berkahwin mula menegur lelaki tersebut yang belum melalui kehidupan berumahtangga.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/15/135510a2mvcf8i9ca20mff.png

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/15/135539s8vay8xqvzdj86p2.png
Foto: Twitter





Mereka juga menganggap lelaki ini tidak pernah bercinta disebabkan itu tidak pernah tahu situasi sebenar hidup berpasangan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/15/135114u1i1re1ug5emjvuy.png

Foto: Twitter


Semua komen netizen tidak bersetuju dan marah dengan pendapat lelaki tersebut apabila dia menyatakan perempuan malas berhias depan suami walaupun sudah disediakan keperluan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/15/135237n8ooxi68xljljhfh.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/15/135258zmmug6mmu9moszsl.png
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/15/135720xzorljrjj5lnyulr.pngFoto: Twitter







Tapi apa pula komen anda berkenaan isu hak suami dan isteri ini? Tiap-tiap tahun ulang isu yang sama di media sosial hingga mencetuskan kemarahan orang. Suka ke orang gaduh-gaduh? - CARI

krustykrab Publish time 15-2-2022 02:41 PM

Mesti nt dia beli bra bini dia kt pasar mlm jelps tu expect bini tu pakai wpun x selesa..:lol:
Nt dah kawin jgn lupa pasang ekon kt rumah tau.. Nk suruh biniberhias kt rmh, takkn nk suruh berpanas berkuap berpeluh dlm rmh 24 jam..;P

prettyuglybabe Publish time 15-2-2022 02:48 PM

realitinya berapa ramai je suami mampu bagi nafkah asing untuk bini melawa..
takat bagi berapa ratus untuk belanja rumah sebulan, kira dah bagus ke nak demand?

Adrif Publish time 15-2-2022 02:52 PM

orang kat social media sekarang memang suka marah-marah eh

facebook, twitter, Instagram
ada je post yang nak react.

musangbodoh Publish time 15-2-2022 04:47 PM

next..................

babelina Publish time 15-2-2022 05:59 PM

klau dh syg.. mmg best...apa pn sanggup..

Kitty_catz Publish time 15-2-2022 06:43 PM

ayoyo..rm500 pun boleh kecoh twidderjaya

bbnu btoi.. bbnu mmg kerojernyer asik sentap je ke?

chill2 sudehhhh

azimodin Publish time 15-2-2022 07:39 PM

Twidder dan bergasak berpisah tiada. Mmg ramai lelaki yg x aware bertapa "mahal" jadi perempuan. Laki aku sendiri terkejut tengok harga pad bila aku suruh belikan masa dalam pantang. Tu belum lagi rawatan rambut gugur lepas bersalin, lotion nak hilangkan stretch mark. Tapi nak mintak barang kecantikan pon berpada2 la. Kalau dah gaji laki RM1500 tak kan tiap2 bulan demand nak pakai la mer.

pxlbb Publish time 15-2-2022 09:22 PM

Kawin pun idok, sibuk bagi free advise kat orang dah kawin. Ko delusional tahap gaban dek. Pi cari bini dulu ke memang muka jenis tak laku sebab tu sibuk bawak keluar idea bodoh gini. Kohkohkoh

annehuda Publish time 15-2-2022 10:05 PM

Perempuan pun kalau harap laki nak tanggung mekap kau janganlah kawen ngan lelaki gaji minimum,tapi ramai jugak kawen mungkin sebab asalkan berlaki,pastu dok tag laki masing2 kt post facebook 'jgn kedekut pada bini kalau laki nak murah rezeki'. Dahtu sambarlah laki keje engineer gaji rm4k mcm trisna tu

setori_mori Publish time 15-2-2022 11:07 PM

krustykrab replied at 15-2-2022 02:41 PM
Mesti nt dia beli bra bini dia kt pasar mlm jelps tu expect bini tu pakai wpun x selesa..
Nt da ...

Kalau sejenis busty, bra yang elok memang harga rm300 sehelai. Sila hadam lah suami oi

doubleharmonic Publish time 16-2-2022 07:04 AM

azimodin replied at 15-2-2022 11:39 AM
Twidder dan bergasak berpisah tiada. Mmg ramai lelaki yg x aware bertapa "mahal" jadi perempuan. Lak ...

bontot LeMaK tersenyum sinis

https://media2.malaymail.com/uploads/articles/2021/2021-01/20210125_Ameera2.jpg

MoneyMatters Publish time 19-2-2022 03:06 AM

azimodin replied at 15-2-2022 07:39 PM
Twidder dan bergasak berpisah tiada. Mmg ramai lelaki yg x aware bertapa "mahal" jadi perempuan. Lak ...

Hahaha terkejut harga pad dah satu hal... Dengan berlambak jenama dan saiz pad dah satu hal lagi belum pantyliner semua. I pon bukan jenis pakai mekap sgt sbb rimas naik LRT cepat peluh n malas tanggal mekap bila nk solat tapi basic skincare toner, moisturiser, sunblock, night cream, facial scrub tu tetap ada la walau sekadar brand Simple. Memang jadi perempuan ni mahal. Huhu..

MoneyMatters Publish time 19-2-2022 03:08 AM

annehuda replied at 15-2-2022 10:05 PM
Perempuan pun kalau harap laki nak tanggung mekap kau janganlah kawen ngan lelaki gaji minimum,tapi...

Kan.. Ataupun pakai la mekap kedai eco.. Haha
Pages: [1]
View full version: "Tahu Tak Harga Bra Berapa?" Netizen Kecam Lelaki Bujang Cakap Pasal Tugas Isteri


ADVERTISEMENT