CARI-MAL Publish time 15-2-2022 01:26 PM

Gelabah 4 Jam Lagi Nak Sanding Henna DIY Tak Menjadi, Nasib Baik Suami Kreatif!

Setiap individu pastinya akan menghadapi pelbagai dugaan dalam proses untuk bernikah atau melangsungkan perkahwinan.


Itulah yang berlaku kepada Izzatul Safiah Khairuddin, 23, yang panik setelah melihat lukisan inai pada tangannya tidak menjadi seperti diharapkan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/15/132404lgybky8lyxecxkce.jpgKredit foto: mStar




Mesra disapa Izza, dia turut berkongsi mengenai pengalaman tragis yang terjadi pada hari persandingannya yang berlangsung pada 6 Februari lalu di dewan De' Orchird M3lati, Gombak, Selangor.


"Saya dah nikah bulan Ogos 2021 tapi dewan saya nak buat majlis kenduri untuk persandingan penuh. Jadi saya tangguh dulu majlis sanding, tunggu dewan tu kosong.


"Tarikh 6 Februari je dewan kosong jadi saya pun setuju sanding hari tu. Saya habiskan lebih kurang RM15,000 untuk majlis sanding.


"Saya ingat nak jimat, jadi tak ambil upah henna artist. Saya cuma beli henna DIY (Do It Yourself) dekat Shopee harga RM30 je. Jadi saya jimat banyak dekat situ daripada nak bayar beratus upah lukis pada tangan saya," jelasnya.


Jelas wanita yang berasal dari Kuala Lumpur ini, dia turut belajar melukisa inai melalui perkongsian video penjual henna DIY tersebut yang mana pembelian itu dilengkapkan dengan berus, pelekat corak dan henna sekali gus membuatkan dia yakin dapat menghias tangannya sendiri.




7062332001105284378


Bagaimanapun, timbul juga keraguan pada mulanya apabila dia ada memberitahu bakal suaminya pada ketika itu, Syihebuddin Mustain, 27, bahawa dia kurang yakin untuk membuat ukiran tersebut sendiri.


Namun setelah diyakini oleh lelaki itu yang bekerja sebagai jurutera, dia pun terus membuat pembelian tersebut.


"Mula-mula saya cakap tak nak pakai inai sebab risau tak menjadi. Tapi suami cakap tak apa beli je. Kalau tak jadi, dia boleh tolong buat.


"Saya yakin bila suami cakap nak tolong buat sebab dia memang seorang yang kreatif. Gubahan hantaran pun dia yang buat sendiri dan memang menjadi," jelasnya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/15/132404i8uuq19z1n1uer08.jpgKredit foto: mStar




Bercerita lanjut, Izza yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik ini berkata, lukisan inai yang dibelinya tidak menjadi seperti yang diiklankan oleh peniaga.


Lebih parah lagi apabila ia dilukis semasa wanita ini akan bersanding dalam masa empat jam lagi.


"Punya nak jimat, saya sanggup tak bayar upah RM300 untuk henna. Henna saya beli tu cepat tertanggal jadi saya buat empat jam sebelum majlis.


"Lepas saya tampal sticker di tangan, saya guna berus untuk dab (tekap) henna. Bila saya cabut pelekat tu, henna saya tak lekat pada tangan tapi masih melekat di sticker.


"Saya sangat panik bila jadi macam tu. Saya contact seller, dia cakap ikut saja video tutorial yang dia sediakan tapi bila saya cuba masih tak jadi," jelasnya lagi.


Wanita yang bekerja sebagai pegawai dietetik di Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia), Kuala Lumpur ini berkata pada masa itu dia sudah hampir putus asa dengan apa yang berlaku.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/15/132404m7yftof17wqfloll.jpgKredit foto: mStar




Tetapi nasib wanita ini baik setelah suaminya yang kreatif ini menyelamatkan hari bahagia mereka dengan melukis inai di tangannya.


"Saya dah give up dan reda. Saya ingat tak nak pakai henna tapi suami saya cakap dia nak buatkan.


"Saya Google gambar henna yang ukiran simple saja untuk suami saya ikut. Tak sangka bila dia buat menjadi. Mungkin sebab dia kerja dalam bidang engineering jadi dia pandai melukis dengan baik," ujar wanita ini.


Berikutan video yang tular, Izza turut menzahirkan rasa syukur kerana majlis persandingannya berjalan dengan lancar.


Jelasnya lagi mengenai rakaman tersebut, dia tidak menyangka bahawa masih ramai yang tidak tahu tentang henna DIY yang digunakan.


Tambahnya, dia turut menitipkan nasihat kepada sesiapa yang bakal melangsungkan persandingan untuk membuat persediaan lebih awal kerana hari bahagia ini hanya berlaku sekali sahaja dalam hidup jadi jangan ambil mudah.




Sumber: mStar

uda Publish time 15-2-2022 09:44 PM

Aikk.. inai pun jadi isu!! Takda inai tak boleh bersanding ke???

I rimas tenguk orang buat lukisan kat tangan tu. Bukannya cantik! Comot bila inai tu makin pudar

hasniey Publish time 17-2-2022 12:51 AM

Aik senang la inai tampal ni..kita tepek je inai atas lukisan lubang2 tu..biar kering,cabut cuci,siap
Ke pangantin xsabar?pakai last minit lepastu gelabah sendiri.pkai la lepas subuh ke.mlm sblom tido testing dulu tgok berapa lama nk kering bg warna melekat.
Terus tuduh seller scam:curse:

Artemesiaa Publish time 18-2-2022 02:18 PM

Nasib ada suami kreatif boleh selamatkan keadaan

Samerosie Publish time 18-2-2022 03:30 PM

Inai kaler macam liquid paper macam tu ke iols yg purba kala.Inai bukan ke kaler merah lagi merah lagi bagus.

anony-mous Publish time 18-2-2022 05:13 PM

Lain kali jgn kedekut utk spend upah org buat inai. Apa la yg cantik inai putih ni. Kalau utk tunang ok lg.

esbok Publish time 18-2-2022 05:26 PM

anony-mous replied at 18-2-2022 05:13 PM
Lain kali jgn kedekut utk spend upah org buat inai. Apa la yg cantik inai putih ni. Kalau utk tunang ...

dah french tip kukunya tu, mana nak inai lagi;P

Prickford Publish time 18-2-2022 05:46 PM

hasniey replied at 17-2-2022 12:51 AM
Aik senang la inai tampal ni..kita tepek je inai atas lukisan lubang2 tu..biar kering,cabut cuci,sia ...

Dia kata tak lekat kan. Iolls rasa sheolls letak pelekat tu, lepas tu lukis sampai kering. Bila nak tanggal pelekat tu, opkos la ink tercabut sekali sebab dah mengeras. Patut siap lukis, pelan2 cabut sticker tu, takde lah ink tu keras jadi setepek melekat dkt sticker tu.

jazaa100 Publish time 19-2-2022 09:49 AM

Buruk.....

Baik kau pakai sarung tgn lace je.....

clarizsa Publish time 19-2-2022 12:00 PM

Warna tangan dia x sesuai boh inai putih

MissVixen Publish time 21-2-2022 08:48 PM

Tangan dia dekat sendi2 hitam. Tak cantik bila pakai inai putih. Nampak macam sopak.

xtinkerbellx Publish time 22-2-2022 03:24 PM

Edited by xtinkerbellx at 22-2-2022 03:25 PM

Seller inai tu da bersuara kat tiktok, dia yg x reti pakai .kena letak coating glitter ape tah atas tu baru jadi sebab dia beli yg waterproof.Tp dia xnk, nak beli yg inai je & x baca instructions.

makadek Publish time 22-2-2022 08:12 PM

Mcm lukis liquid paper je

makadek Publish time 22-2-2022 08:15 PM

esbok replied at 18-2-2022 05:26 PM
dah french tip kukunya tu, mana nak inai lagi

Aku buat french tip konon2 nak berehat la kan taknak masak buat kerja sgt2 nk ber me time
Sesambil tggu laki balik ..sekali nan hado aku lupa
P gaul kunyit janam terus
Sesambil aku dh ckp ng ank aku ..aku nk jg kuku:lol:
Malas dh aku .skg kilatkan jer

dua_chzy Publish time 23-2-2022 05:27 AM

Ikut lagik korang budaya keling purba ini.

gideoncross Publish time 23-2-2022 08:20 AM

Pnjng plak crita, pdahl psl Inai je, loser. Kwn2 ko mmg happylh sbb sma umur, ckp je lah happy gedabak sbb dpt khwin awl. Hakpuihhhh.

gideoncross Publish time 23-2-2022 08:26 AM

hasniey replied at 17-2-2022 12:51 AM
Aik senang la inai tampal ni..kita tepek je inai atas lukisan lubang2 tu..biar kering,cabut cuci,sia ...

Umur 23 dh dpt khwin, so mstilah happy smpai jdi camni. Choiiii.

gideoncross Publish time 23-2-2022 08:28 AM

uda replied at 15-2-2022 09:44 PM
Aikk.. inai pun jadi isu!! Takda inai tak boleh bersanding ke???

I rimas tenguk orang buat lukisan ...

Umur dia ni bru 23, budak2 lgi, sbb tu psl Inai pun jdi hal. Klau dia dh dwasa btul2, bnyk lgi hal srs yg msti d fikirkan dri hal yg remeh temeh cam psl Inai ni.
Pages: [1]
View full version: Gelabah 4 Jam Lagi Nak Sanding Henna DIY Tak Menjadi, Nasib Baik Suami Kreatif!


ADVERTISEMENT