eddlisa_uyuk Publish time 15-2-2022 08:19 AM

AKASIA : 3 NOTA CINTA [SHARIFAH ROSE, ASHRAF MUSLIM]

Edited by eddlisa_uyuk at 15-2-2022 08:20 AM

3 NOTA CINTA



Mengisahkan Alisa (Sharifah Rose) sering menjadi mangsa kemarahan ibunya, Sofea (Zila Bakarin) selepas bapanya Razak (Khairil Anwar Aman) meninggalkan mereka tanpa khabar berita pada beberapa tahun lalu. Sofea terpaksa menebus fasakh sehingga terjatuh talak ketiga. Keluarga Alisa hancur dan sikap Sofea juga berubah secara drastik. Sofea menjadi pemarah dan mula mengongkong kehidupan anak-anaknya yang belum berkahwin. Hubungan Sofea dengan ibu bapanya, Bahar dan Aminah juga menjadi tegang apabila Sofea menganggap merekalah punca utama Razak bertindak meninggalkannya.
Bahar mula menunjukkan tanda-tanda pelupa dan kadang-kala tidak dapat menguruskan diri. Setelah disahkan mengidap penyakit Alzheimer, nota-nota cinta yang ditulis olehnya dalam bahasa jawi menjadi memori paling indah buat Aminah. Alisa kagum dengan cinta utuh datuk dan neneknya yang masih setia bersama walaupun diuji dengan pelbagai insiden. Namun, Alisa tidak menaruh harapan dan tidak percaya akan wujudnya lelaki yang baik seakan datuknya dalam hidupnya
Satu hari, Alisa telah membawa Bahar dan Aminah makan di sebuah kedai. Dalam keadaan huru-hara untuk menguruskan Bahar, Zain (Ashraf Muslim) tampil menghulurkan bantuan. Zain cuba sedaya upaya untuk berkenalan dengan Alisa selepas pertemuan tersebut. Berdasarkan kad nama yang diberi oleh Aminah, Zain cuba mendekati Alisa dengan pertolongan Aminah, nenek Alisa.
Akhirnya, Zain berjaya menghubungi Aminah dan dipelawa ke rumah. Aminah ingin menjodohkan Zain dan Alisa. Zain teruja untuk berkenalan dengan Alisa akan tetapi, Sofea mula bersikap dingin terhadap mereka. Sofea pernah memberi amaran keras kepada Alisa supaya tidak jatuh cinta pada mana-mana lelaki. Bagi Sofea, perkahwinan hanya akan membawa penderitaan.Setelah mengetahui Alisa pandai menulis puisi, Zain mengambil peluang meminta tolong Alisa meneliti lirik lagunya. Sebagai seorang pencipta lagu, Zain masih menunggu peluang untuk memperkenalkan karyanya kepada umum. Alisa menjumpai buku-buku nota milik datuknya yang mengandungi puisi dan kisah cinta Aminah dan Bahar. Kebolehan Zain untuk membaca tulisan jawi juga menolong Alisa memahami ayat-ayat cinta nukilan datuknya. Lama-kelamaan, Alisa mula jatuh cinta dengan kebaikan Zain yang juga sangat prihatin dengan datuknya yang semakin uzur.
Aminah memujuk Alisa untuk menerima Zain sebagai suaminya. Alisa menjadi serba salah kerana bantahan keras daripada ibunya. Malahan, kakaknya Abby (Afifah Nasir) juga menaruh perasaan pada Zain dan cuba memikat lelaki itu. Akhirnya, Zain dan Alisa bakal disatukan. Dengan bantuan Aminah dan Bahar, mereka berusaha menjejaki Razak untuk memintanya menjadi wali.
Kehadiran Razak di majlis nikah Alisa mencetuskan kemarahan Sofea sehingga terjadinya insiden Bahar terpaksa dikejar ke hospital. Majlis terpaksa berhenti seketika. Ayah Zain, Datuk Hashim yang tidak bersetuju dengan pilihan anaknya juga beredar dari majlis kerana beranggapan keluarga Alisa tidak setaraf dengan mereka. Malahan, pertelingkahan besar juga terjadi di antara Zain dan ayahnya. Kejadian aib dan kekecohan terjadi pada Zain dan Alisa di hadapan tetamu yang hadir. Zain memujuk Alisa untuk teruskan hidup bersama keluarga yang sedang punah di hadapan mata mereka. Pelbagai dugaan mula menerpa setelah mereka bergelar suami isteri. Apakah bakal berlaku seterusnya?
Pelakon
[*]Ashraf Muslim sebagai Zain
[*]Sharifah Rose sebagai Alisa
[*]Wani Kayrie sebagai Aini
[*]Afifah Nasir sebagai Abby
[*]Zila Bakarin sebagai Sofea
[*]Khairil Anwar Aman sebagai Razak
[*]Jasper Supayah sebagai Zetty
[*]Salina Saibi sebagai Amy
[*]Aznah Hamid sebagai Aminah
[*]Jalaluddin Hassan sebagai Bahar

caca_eric Publish time 28-2-2022 10:39 PM

Tak menarik lgsg nak tgk citer ni
Nasib baik kejap je

missyL Publish time 8-3-2022 11:39 PM

caca_eric replied at 28-2-2022 10:39 PM
Tak menarik lgsg nak tgk citer ni
Nasib baik kejap je

Haha
Ade thread cite ni rupenye
Iols tgok2 gitu je tp x phm nape mak nye benci sgt kt alisa igtkn anak angkat
Hahaha

Tp ending die mmg hauk
;P
Mcm nk terburu2 abeskn lawak pn ade:lol:

caca_eric Publish time 9-3-2022 02:03 AM

missyL replied at 8-3-2022 11:39 PM
Haha
Ade thread cite ni rupenye
Iols tgok2 gitu je tp x phm nape mak nye benci sgt kt alisa igtkn...

Ada tgk gak awal2
Smpi pelakonnnya pun x nk promo citer ni

missyL Publish time 9-3-2022 07:26 AM

caca_eric replied at 9-3-2022 02:03 AM
Ada tgk gak awal2
Smpi pelakonnnya pun x nk promo citer ni

Hero nye kertu sgt
Tp mmg ikut watak kot sbb dah 17 thun keje komposer tu.

Kesian nye:lol:
I pn x follow semua pelakon nye ;P

I tgok pn 2 episode cmtu
Pastu tgok finale :lol:
Mmg serabut finale die
Cite cm bodoh pn ade

;P

caca_eric Publish time 9-3-2022 11:40 AM

missyL replied at 9-3-2022 07:26 AM
Hero nye kertu sgt
Tp mmg ikut watak kot sbb dah 17 thun keje komposer tu.



Kan pelik cemana boleh lepas masuk Akasia
Rasanya Akasia ni org kata kena citer hebat2 n pelakon top top je

NekNgah Publish time 9-3-2022 02:29 PM

Ooo, dah habis ya cerita ni.Tengok episod awal aje tapi rengsa pulak tengok Zila terjerit-jerit. Sampai dengan emak ayah pun macam nak cari gaduh.

missyL Publish time 9-3-2022 02:53 PM

caca_eric replied at 9-3-2022 11:40 AM
Kan pelik cemana boleh lepas masuk Akasia
Rasanya Akasia ni org kata kena citer hebat2 n pelakon t ...

Yeke.
Tgok Kadang2 ntah sape2 je hahaha

Cite terbaru ni ruhanies haahaha
Tp second heroin tu lawa
I tgok iklan je;P

missyL Publish time 9-3-2022 02:55 PM

NekNgah replied at 9-3-2022 02:29 PM
Ooo, dah habis ya cerita ni.Tengok episod awal aje tapi rengsa pulak tengok Zila terjerit-jerit. S ...

Yer da abes
Abes pn terburu2 x thu hujung pangkal mcm nk speed up sgt satu episode semua rangkum ;P

Tu la. I x phm nape die benci sgt alisa tu
Nape u?? Sbb i tgok hujung2 dah

NekNgah Publish time 9-3-2022 02:59 PM

missyL replied at 9-3-2022 02:55 PM
Yer da abes
Abes pn terburu2 x thu hujung pangkal mcm nk speed up sgt satu episode semua rangkum ; ...

Tengok episod awal dah tak boleh pergi.. memang tak faham sangat.I rasa Alisa tu jadi punching bag Zila sebab sakit hati dengan ex-husband.

caca_eric Publish time 9-3-2022 03:42 PM

NekNgah replied at 9-3-2022 02:29 PM
Ooo, dah habis ya cerita ni.Tengok episod awal aje tapi rengsa pulak tengok Zila terjerit-jerit. S ...

Citer ni mcm tak logik

Tp nak tgk citer lepas ni..

NekNgah Publish time 10-3-2022 09:26 AM

caca_eric replied at 9-3-2022 03:42 PM
Citer ni mcm tak logik

Tp nak tgk citer lepas ni..

Drama apa ya, sekarang jarang on tv.Tak perasan iklan next drama.

On tv pukul 11 malam aje untuk Tetuan Ang & Rahimin.Setakat ni drama ni aje boleh masuk.Drama lain cliche cintan cintun, muak.

azimodin Publish time 10-3-2022 02:25 PM

Bosan yang amat. Baik slot pukul 7 ni bagi kat cinta amnesia

jas7512 Publish time 11-3-2022 07:30 PM

Ashraf muslim..muka dan lakonan sgt mrngecewakan tapi asyik muka dia jekat tv...nyampah nak tgk

incess.my Publish time 14-3-2022 02:50 PM

Tertekan tv3 time cite ni, si seripah preknek letak bantal mcm abg boroi je
Pages: [1]
View full version: AKASIA : 3 NOTA CINTA [SHARIFAH ROSE, ASHRAF MUSLIM]


ADVERTISEMENT