mattzzx Publish time 14-2-2022 11:36 AM

Switzerland mahu haramkan semua iklan produk tembakau

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hrm14hm_1644804273.jpg
NOTIS menggesa tembakau diharamkan dilihat di stesen kereta api utama di Zurich. FOTO Reuters

Geneva: Rakyat Switzerland membuat undian Ahad lalu, bagi mengetatkan undang-undang tembakau, yang lemah.

Undian terbabit termasuk mengharamkan hampir semua pengiklanan produk berbahaya itu.

Keputusan akhir menunjukkan hampir 57 peratus pengundi dan 16 daripada 26 kanton Switzerland menyokong pengharaman pengiklanan tembakau.

"Kami sangat gembira. Orang sudah memahami kesihatan lebih penting daripada kepentingan ekonomi," kata wakil Liga Menentang Barah Switzerland, Stefanie De Borba.

Switzerland jauh ketinggalan di belakang daripada kebanyakan negara kaya dalam menyekat pengiklanan tembakau.

Situasi ini berlaku disebabkan lobi besar beberapa syarikat tembakau terbesar dunia yang berpangkalan di negara itu.

Pada masa ini, kebanyakan pengiklanan tembakau sah di peringkat kebangsaan, kecuali di televisyen dan radio dan apabila menyasarkan golongan bawah umur secara khusus.

Beberapa kanton Switzerland memperkenalkan perundangan serantau yang lebih ketat dan undang-undang kebangsaan baharu belum selesai.

Tetapi pihak kempen yang memaksa isu itu untuk mengundi di bawah sistem demokrasi langsung Switzerland menuntut peraturan lebih ketat.

Bagaimanapun, kerajaan dan parlimen mempunyai pandangan berbeza dalam isu itu.

"Hari ini kita bercakap mengenai rokok, tapi nanti kita akan bercakap pasal alkohol dan daging," kata seorang ahli parlimen sayap kanan, Parti Liberal, Philippe Bauer ketika memberi amaran.

Kebimbangan sama disuarakan, Philip Morris International (PMI), British American Tobacco dan Japan Tobacco yang berpangkalan di Switzerland dan membantu membiayai kempen 'Tidak'.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Switzerland Alain Berset berkata, penguatkuasaan larangan itu mungkin mengambil masa.

penutupbotol Publish time 28-10-2023 04:12 PM

sini pun patut bwt camnih
Pages: [1]
View full version: Switzerland mahu haramkan semua iklan produk tembakau


ADVERTISEMENT