Vellfire Publish time 13-2-2022 11:21 PM

Bosan, pengawal keselamatan conteng lukisan berharga pada pameran

https://sarawakvoice.com/wp-content/uploads/2022/02/WhatsApp-Image-2022-02-13-at-16.34.54.jpeg

MOSCOW: Pengawal keselamatan yang bertugas di galeri seni di barat-tengah Rusia dipecat pada hari pertama dia bekerja kerana merosakkan lukisan berharga.Pengawal itu didakwa melukis mata di dua dari tiga lukisan yang tidak berwajah dalam karya seni itu kerana dia “bosan”.
Insiden vandalisme ini berlaku di Pusat Presiden Boris Yeltsin di Yekaterinburg, tempat pameran lukisan berlangsung.
Perbuatannya terbongkar selepas dua pelawat melihat butiran tambahan pada lukisan berkenaan dan melaporkannya kepada pekerja galeri.
Pengawal berusia 60 tahun itu dipercayai merosakkan lukisan itu pada 7 Disember 2021, dan dipecat awal minggu ini selepas identitinya dipastikan, menurut laporan Metro.
Karya seni tersebut bertajuk “Three Figures” oleh Anna Leporskaya digantung untuk pameran ‘The World as Non-Objectivity, The Birth of a New Art’ di Pusat Yeltsin di Sverdlovsk Oblast di Rusia pada Disember tahun lalu.
Lukisan itu diinsuranskan dengan syarikat insurans Alfa RM4,060,488.

sarawakvoice.com/2022/02/13

Vellfire Publish time 13-2-2022 11:22 PM

giler boring pengawal tu
tak pasal2
Pages: [1]
View full version: Bosan, pengawal keselamatan conteng lukisan berharga pada pameran


ADVERTISEMENT