Vellfire Publish time 13-2-2022 11:20 PM

Pengantin cerai pada majlis kahwin, gara-gara lirik lagu kontroversi

https://sarawakvoice.com/wp-content/uploads/2022/02/WhatsApp-Image-2022-02-13-at-16.45.38-1024x576.jpeg

BAGHDAD: Sepasang pengantin di Baghdad memecah rekod bagi kes perceraian terpantas di Iraq tahun ini selepas bercerai semasa majlis resepsi mereka.
Menurut Gulf News, pengantin lelaki menamatkan perkahwinan selepas isterinya memainkan lagu provokatif pada majlis tersebut.
Lagu berjudul “Mesaytara” nyanyian Lamis Kan, mempunyai beberapa lirik “mengganggu” dengan tajuk lagu itu sendiri bermaksud “saya dominan” atau “saya akan mengawal awak”.
Bahagian pertama lagu itu bermaksud: “Saya dominan; anda akan dikawal bawah arahan saya yang ketat. Saya akan buat awak gila jika awak melihat gadis lain di jalanan.”
Keluarga pengantin lelaki juga menganggap tindakan pengantin perempuan menari mengikut rentak lagu itu sebagai provokasi.
Tindakan pengantin perempuan itu mencetuskan perbalahan, menyebabkan pasangan itu menamatkan perkahwinan mereka ketika masih di dewan resepsi.
-39ThYKjxQY

sarawakvoice.com/2022/02/13

AKAZ85 Publish time 14-2-2022 08:32 AM

lagu je pon boleh sampai bercerai...aduiiiiii

Vellfire Publish time 14-2-2022 09:56 AM

AKAZ85 replied at 14-2-2022 12:32 AM
lagu je pon boleh sampai bercerai...aduiiiiii

tak tau lah kalo pasang dengan niat.. biar pasangan tau awal2 :lol:memang tak leh bincang betul eks



Pages: [1]
View full version: Pengantin cerai pada majlis kahwin, gara-gara lirik lagu kontroversi


ADVERTISEMENT