mattzzx Publish time 13-2-2022 01:42 PM

Kucing ada jaluran warna hitam seperti misai manusia

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2022/02/13/1495823.jpg
Seekor kucing yang mempunyai jaluran warna hitam seperti misai menanti tuannya yang baharu di Britain. - Foto RSPCA/Mega

LONDON - Seekor kucing betina yang mempunyai jaluran warna hitam di atas mulut dan kelihatan seakan-akan seperti misai kini menunggu untuk dijadikan haiwan peliharaan di Hertfordshire, England.

Kucing tersebut yang bernama Pavlova dan berusia tiga tahun pada mulanya ialah seekor haiwan terbiar.

Haiwan itu telah diselamatkan oleh anggota-anggoat Persatuan Diraja untuk Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (RSPCA) cawangan Middlesex North West & Hertfordshire Selatan.

Menurut seorang pegawai kebajikan cawangan RSCPA, Tracy Deamer, sebuah keluarga telah memberikan makanan kepada Pavlova selama beberapa bulan malah mereka menyediakan tempat kotak kayu untuknya tidur pada waktu sejuk pada Krismas tahun lalu sebelum ia berada di bawah jagaan RSPCA pada penghujung Januari.

Kucing itu dilaporkan sangat pemalu apabila berada di pusat perlindungan haiwan dan ia mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan kakitangan RSPCA.

Walaupun Pavlova kelihatan suka dan berinteraksi dengan kucing lain, RSPCA mahu ia dijaga di rumah orang dewasa sahaja yang tenang tanpa dan tidak mempunyai haiwan peliharaan lain. - Agensi


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/187573/GLOBAL/Kucing-ada-jaluran-warna-hitam-seperti-misai-manusia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Pages: [1]
View full version: Kucing ada jaluran warna hitam seperti misai manusia


ADVERTISEMENT