mattzzx Publish time 13-2-2022 01:21 PM

Pecah rekod imbangi telur

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/12hmegg_1644705315.jpg
MOHAMMED berjaya mengimbangi empat telur tanpa jatuh. FOTO Instagram gwrarabia

Istanbul: Seorang lelaki memecah rekod dunia selepas berjaya mengimbangi empat telur dalam keadaan berdiri tanpa jatuh.

Anak kelahiran Yaman, Mohammed Muqbel melakukan percubaan berkenaan di Turki, sekali gus memecahkan rekodnya sendiri terdahulu apabila mampu menyusun tiga telur sahaja.

Mohammed berkata, pencapaian itu lebih sukar daripada apa dilihat orang.

"Ramai di seluruh dunia tidak menyedari kerja keras dalam mengimbangi semua telur itu," katanya kepada Guinness World Records.

Katanya, proses mengimbangi memerlukan tahap kesabaran dan tumpuan serta ketenangan luar biasa.

"Ia memerlukan tumpuan tinggi bagi mencapai keseimbangan seperti itu.

"Cabaran paling sukar ialah mencari titik graviti bagi setiap telur kerana bentuk dan teksturnya yang unik," katanya.

Dalam pada itu, Mohammed berkata, dia menyedari mempunyai bakat mengimbangi pada usia muda.

"Saya menganggap diri seorang yang bercita-cita tinggi dan berhasrat mempamerkan kemahiran saya kepada seluruh dunia suatu hari nanti.

"Memecahkan dua rekod adalah satu rahmat dan saya tidak sabar untuk mencuba lebih banyak lagi cabaran pada masa hadapan," katanya.
Pages: [1]
View full version: Pecah rekod imbangi telur


ADVERTISEMENT