mattzzx Publish time 13-2-2022 01:20 PM

Akibat leka berselfie atas landasan kereta api

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/sel_1644724242.jpg
Bengal Barat: Dua lelaki maut, manakala seorang kritikal selepas dilanggar ketika sedang mengambil swafoto (selfie) di landasan kereta api di daerah Medinipur, di sini, Ahad.

Ketika kejadian, sekumpulan lelaki termasuk mangsa Mithun Khan, 36, dan Abdul Gain, 32, ke lokasi berkenaan untuk berkelah.

Di kawasan Rangamati, di pinggir bandar Medinipur terdapat ruang untuk berkelah di tebing Sungai Kangsavati berhampiran jambatan landasan kereta api berkenaan.

Menurut Indiatoday, Mithun dan Abdullah bersama beberapa kawan mula mengambil swafoto sepanjang landasan kereta api berkenaan.

Menurut saksi, kereta api tempatan dari Medinipur ke Howrah melalui landasan itu ketika mangsa sedang leka berswafoto.

Penduduk tempatan mendakwa, pemandu kereta api membunyikan hon berulang kali tetapi tidak diendahkan mereka.

Ketika dilanggar, mereka terjatuh jauh dari landasan kereta api. Dua daripada tiga individu berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian.

Selepas siasatan awal, Jurutera Kanan Bahagian Keretapi Biswajit Bala berkata:

"Semua orang dilarang memanjat bahagian landasan kereta api berkenaan. Namun di sebalik larangan itu, masih ramai yang mengambil swafoto sambil berbaring di atas landasan. Mereka tidak bergerak atau lari (ketika kereta api tiba), jadi kejadian seumpama ini berlaku".
Pages: [1]
View full version: Akibat leka berselfie atas landasan kereta api


ADVERTISEMENT