mattzzx Publish time 12-2-2022 05:18 PM

4 maut, kilang keropok beras terbakar

Tokyo: Empat maut dalam kebakaran di sebuah kilang keropok beras, di wilayah utara Niigata sini, kata polis pada Sabtu, dengan pasukan bomba bertungkus lumus sepanjang malam untuk memadamkan kebakaran.

Kira-kira 30 individu berada di kilang berkenaan ketika kebakaran yang dipercayai berlaku pada tengah malam, lapor media tempatan.

Punca kebakaran belum diketahui.

"Kami mengesahkan empat maut," kata jurucakap polis kepada AFP tanpa memberikan penjelasan lanjut.

Penyiar awam NHK melaporkan, polis sedang mencari dua lagi mangsa, manakala seorang dihantar ke hospital selepas terhidu asap, namun dilaporkan dalam keadaan sedar.

Pasukan bomba masih berusaha memadamkan kebakaran walaupun sudah lapan jam kejadian berlaku, kata pegawai bomba tempatan.

"Kami menghantar 22 jentera bomba ke lokasi kebakaran dan anggota masih berusaha memadamkan kebakaran," katanya.

Kilang berkenaan dimiliki Sanko Seika - satu daripada pengeluar keropok beras terbesar di Jepun - yang mengeluarkan makanan ringan popular itu.

Kematian akibat kebakaran adalah luar biasa di Jepun, memandangkan ia mempunyai standard bangunan yang amat ketat.

Disember lalu, seramai 25 individu maut dalam kebakaran di sebuah klinik mental di Osaka.
Pages: [1]
View full version: 4 maut, kilang keropok beras terbakar


ADVERTISEMENT