mattzzx Publish time 12-2-2022 04:56 PM

Koala kini spesis terancam

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/koala_1644649449.jpg
KOALA kini terancam. FOTO Agensi

Sydney: Australia secara rasminya menyenaraikan koala sebagai spesis terancam pada Jumaat, memandangkan marsupial itu kini berjuang untuk hidup susulan kesan kebakaran hutan, pembersihan tanah, kemarau dan penyakit.

Ahli pemuliharaan berkata, populasi koala menurun di kebanyakan kawasan timur Australia sejak dua dekad lalu, memberi amaran bahawa haiwan itu kini ke arah kepupusan.

Menteri Alam Sekitar Sussan Ley berkata, beliau menetapkan populasi koala sebagai 'terancam' supaya haiwan ini diberi lebih perlindungan di New South Wales, ibu kota Australia dan Queensland.

Koala, simbol hidupan liar unik Australia yang diiktiraf secara global, disenaraikan sebagai 'terdedah' di pantai timur hanya sedekad sebelumnya.

"Kami mengambil tindakan yang tidak pernah dibuat sebelum ini untuk melindungi koala," kata menteri itu, menekankan kerajaan baru-baru ini berjanji memperuntukkan sebanyak Aus$50 juta (AS$36 juta) untuk melindungi dan memulihkan habitat koala.

Pencinta alam sekitar mengalu-alukan status baharu koala itu, tetapi mengutuk kegagalan Australia untuk melindungi spesies itu setakat ini.

"Koala berubah daripada tidak disenaraikan sebagai terdedah kepada terancam dalam tempoh sedekad. Ia adalah penurunan yang sangat pantas," kata saintis pemuliharaan WWF-Australia, Stuart Blanch.

"Keputusan hari ini (semalam) dialu-alukan tetapi ia tidak akan menghalang koala daripada terus mengalami kepupusan kecuali menerusi undang-undang lebih ketat dan insentif pemilik tanah untuk melindungi rumah hutan mereka," katanya.

Ahli pemuliharaan berkata, adalah sukar untuk memberikan angka yang tepat mengenai populasi koala di negeri timur yang terjejas.

Tetapi anggaran oleh badan penasihat kerajaan bebas, Jawatankuasa Saintifik Spesies Terancam menunjukkan bilangan koala merosot daripada 185,000 pada 2001 kepada hanya 92,000 pada 2021.
Pages: [1]
View full version: Koala kini spesis terancam


ADVERTISEMENT