mattzzx Publish time 12-2-2022 04:55 PM

Dr Malalai, wanita pertama dilantik dalam pentadbiran Taliban

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm1202malai_1644655236.jpg
Dr Malalai Faizi. - FOTO EPA

Kabul: Taliban melantik Dr Malalai Faizi sebagai Pengarah Malalai National And Specialized Hospital yang memberi tumpuan merawat ibu hamil.

Ia adalah pelantikan pertama wanita dalam institusi kerajaan di bawah pentadbiran baharu Taliban.

Pelantikan itu juga dilihat sebagai langkah luar biasa oleh Taliban yang mula mengambil alih kuasa Ogos tahun lalu.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm1202ners_1644655240.jpg
Seorang jururawat menyambut kelahiran bayi yang dilahirkan pramatang di Malalai National And Specialized Hospital. - FOTO EPA

Sebelum ini, golongan wanita dilarang menyertai pentadbiran awam selain berdepan kekangan pergerakan dan akses terhad kepada pendidikan tinggi atau pekerjaan lain.

Unicef telah memberi amaran bahawa satu juta kanak-kanak di Afghanistan mungkin mati akibat kekurangan zat makanan yang teruk jika tindakan segera tidak diambil.

Menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih separuh daripada penduduk akan menghadapi kebuluran musim sejuk ini, dan 97 peratus daripada penduduk boleh jatuh di bawah garis kemiskinan tahun ini.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm1202mali_1644655243.jpg
Dr Malalai Faizi bertanya khabar ibu hamil yang mendapatkan rawatan di Malalai National And Specialized Hospital. - FOTO EPA
Pages: [1]
View full version: Dr Malalai, wanita pertama dilantik dalam pentadbiran Taliban


ADVERTISEMENT